Beberapa bulan lalu, Zlatan Ibrahimovic membidas wartawan yang mempersoalkan prestasi beliau di Major League Soccer (MLS). Menurutnya, tanpa Zlatan tiada seorang pun kisah tentang MLS.
Tidak lama selepas itu, beliau enggan dibandingkan dengan sesiapa di MLS. Ini kerana menurut Zlatan, beliau memiliki jumlah trofi berbanding dengan kesemua pasukan yang bertanding di dalam MLS.
Seterusnya beliau tidak mahu dibandingkan dengan Carlos Vela.
Zlatan mengibaratkan dirinya sebagai sebuah Ferrari yang duduk bersama dengan sekumpulan FIAT.
“Saya bukannya bekerja keras sepanjang karier saya untuk datang ke MLS hanya untuk dibandingkan dengan Carlos Vela. Media telah membuat kesilapan besar. Kamu jangan nak bandingkan Ferraari dengan Fiat. Malam ini saya buktikan saya pemain terbaik dalam liga ini.”
Zlatan Ibrahimović:
🗣 “I didn’t work all my career to come to the MLS just to be compared to Carlos Vela. The media made a huge mistake. You don’t compare Ferrari’s with Fiats. Tonight I showed I’m the best player in the league.” pic.twitter.com/2zKWM7uhQT
— Football Tweet (@Football__Tweet) July 20, 2019
Carlos Vela agak bengang dengan kenyataan Zlatan dan meminta semua pihak menyemak semula statistik perbezaan beliau dengan Zlatan.
Zlatan membalas balik dengan mengingatkan Vela bahawa, pada usianya dahulu Zlatan bermain di peringkat tertinggi di Eropah dan bukannya bermain di MLS.
Semalam Zlatan telah memuat naik status mengucapkan selamat tinggal kepada MLS. Ia mengesahkan pemergian beliau daripada liga tersebut.
I came, I saw, I conquered. Thank you @lagalaxy for making me feel alive again. To the Galaxy fans – you wanted Zlatan, I gave you Zlatan. You are welcome. The story continues…Now go back to watch baseball pic.twitter.com/kkL6B6dJBr
— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) November 13, 2019
Perkara itu sudah diumumkan Zlatan Ibrahimovic sebelum ini. Namun kali ini ia secara rasmi.
Zlatan berterima kasih kepada LA Galaxy yang membuatkan beliau terasa hidup kembali sebelum mengarahkan penyokong LA Galaxy kembali menontin baseball.
Zlatan juga menyatakan beliau sudah mengotakan janjinya untuk menawan Amerika Syarikat (AS) dan memberikan para penyokong Zlatan yang mereka mahukan.
Penyerang legenda dari Sweden itu bermain 2 musim di LA Galaxy menjaringkan 52 gol daripada 56 perlawanan.
Beliau menyertai LA Galaxy daripada Manchester United pada 2018.
Perlawanan terakhir beliau menyaksikan pasukannya LA Galaxy tewas dalam derbi kepada Los Angeles FC dalam play off separuh akhir MLS Cup.
Dalam twitternya, Zlatan menulis ayat Julius Cesar, Veni, Vedi, Vici (I came, I saw, I conquered)
Zlatan berkata: “Saya datang, saya lihat, saya kuasai. Terima kasi La Galaxy kerana membuatkan saya terasa hidup kembali. Kepada penyokong Galaxy – anda mahukan Zlatan, saya berikan kamu Zlatan.”
“Sama-sama kepada anda. Kisah ini akan bersambung….. dan sekarang pergi tengok baseball balik.”
Pihak LA Galaxy turut mengucapkan terima kasih kepada Zlatan dengan berkata: “Kami nak ucapkan terima kasih kepada Zlatan di atas sumbangannya kepada LA Galaxy da Major League Soccer,” kata Chris Klein, Presiden LA Galaxy.
“Kami sangat beterima kasih ke atas etika kerja dan semangat beliau. Kami berterima kasih kepada Zlatan di atas profesionalisme beliau dan impak yang tak terhingga kepada komuniti Los Angeles dan komuniti bola sepak di utara Amerika pada umumnya.”
Selain daripada LA Galaxy dan juga Manchester United, Zlatan juga pernah bermain untuk Ajax, Juventus, Internazionale, Barcelona, AC Milan, dan Paris St Germain.
Beliau masih belum memberitahu ke mana arah beliau selepas ini. Zlatan sudah dikaitkan dengan beberapa kelab terutama sekali di Itali, termasuk Milan, dan Bologna.