Zlatan Menamakan Barisan Pemain Dalam Skuad Impiannya

Zlatan Ibrahimovic telah menamakan kesebelasan impian beliau dengan membariskan para pemain yang sungguh mengujakan.

Zlatan Ibrahimovic merupakan antara pemain yang telah menikmati karier yang sangat cemerlang dalam dunia bola sepak.

Beliau menikmati karier yang gemilang dalam hidupnya ketika beraksi dalam beberapa saingan liga seperti premier league, La Liga, Serie A dan Ligue 1.

Beliau juga telah banyak memenangi gelaran serta kejuaraan sepanjang karier profesionalnya.

Sudah tentu sepanjang karier profesionalnya, Zlatan Ibrahimovic sudah beraksi bersama ramai pemain bola sepak terhebat dunia.

Jadi tidak hairan andai kesebelasan impian beliau membariskan barisan pemain yang luar biasa hebat, ini kerana beliau sudah pon beraksi bersama ramai bintang handalan dunia.

Zlatan Ibrahimovic telah menamakan kesebelasan terbaik pilihannya yang mana beliau telah membariskan Patrick Viera, Xavi dan Pavel Nedved di posisi midfield pilihan beliau.

Ibrahimovic pernah menjadi rakan sepasukan Viera ketika beraksi bersama Juventus dan Inter Milan selepas pemain kebangsaan Perancis itu meninggalkan Arsenal pada tahun 2005.

Beliau juga pernah beraksi bersama Xavi dan Nedved ketika beraksi bersama Barcelona dan Juventus.

Lillian Thuram, Thiago Silva, Alessandro Nesta dan Maxwell telah disenaraikan sebagai barisan pertahanan pilihan Zlatan Ibrahimovic.

Manakala di posisi penjaga gawang pula, legenda Sweeden itu telah memilih Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol impiannya untuk beraksi bersama.

Julio Cesar, Andres Iniesta, Fabio Cannavaro, Gennaro Gattuso dan Clarence Seedorf merupakan pemain yang dipilih oleh Zlatan sebagai barisan pemain simpanan.

Ibrahimovic telah memuat naik gambar kesebelasan impian beliau ke media sosial dengan menyatakan:

blank

“Dalam I Am Football, saya persembahkan pasukan impian saya. Saya turut meletakkan 50 muka surat yang berisi statistik lengkap dan fakta menarik sepanjang karier saya, seperti berapa banyak gol sudah saya jaringkan menggunakan kaki kanan saya dan berapa minit saya beraksi bersama Inter.”

Tulis Zlatan.

Namun dari kesemua pasukan yang pernah beliau wakili, ternyata Zlatan tidak menamakan mana-mana rakan sepasukannya dari United dalam skuad impiannya itu.

Zlatan Ibrahimovic menikmati karier yang cemerlang bersama setan merah dalam saingan premier league dengan menjaringkan 17 gol.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.