Zlatan Ibrahimovich telah menyenaraikan kesebelasan pemain terbaik pilihan beliau.
Pemain berusia 38 tahun itu telah melalui karier yang menakjubkan di Premier League, La Liga, Serie A dan Ligue 1.
Dan di mana sahaja Ibrahimovic beraksi, beliau akan membantu pasukannya menjuarai trofi.
Beraksi dengan kelab yang dilabel gergasi Eropah, Ibrahimovic juga telah beraksi dengan nama-nama besar bola sepak dunia.
Ibrahimovic diiktiraf sebagai salah satu bakat luar biasa di dalam bola sepak. Maka kita juga boleh jangkakan kesebelasan utama pilihan beliau pasti bukan calang-calang pemain.
View this post on InstagramA post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on
Di bahagian serangan, Ibrahimovic menamakan dirinya sendiri sebagai penyerang utama, sambil diapit oleh dua bintang bola sepak dunia iaitu Ronaldinho dan Lionel Messi.
Bolehkah anda membayangkan gandingan tersebut bermain bersama-sama pada hari ini?
Di bahagian tengah, Patrick Viera, Xavi dan Pavel Nedved dinamakan. Ibrahimovic beraksi bersama Viera di Juventus dan Intermilan selepas pemain itu meninggalkan Arsenal pada 2005.
Ibrahimovic turut beraksi bersama Nedved dan Xavi ketika beliau mencipta nama bersama Juventus dan Barcelona.
Empat pemain di bahagian pertahanan pilihan Ibrahomovic pula adalah Lillian Thuram, Thiago Silva, Alessandro Nesta dan Maxwell
Manakala posisi penjaga gol diisi oleh penjaga gol legenda Itali dan Juventus, Gianluigi Buffon.
REVEALED: Zlatan Ibrahimovic best XI of footballers he's played with..
WHAT A TEAM! 😍https://t.co/hW6H0BYYpf
— EPL Transfers (@eplsignings) August 5, 2019
Barisan pemain simpanan Ibrahimovic juga mampu menewaskan mana-mana pasukan di dunia pada hari ini.
Diketuai oleh penjaga gol Brazil, Julio Cesar, pemain-pemain lain yang turut berada di dalam senarai adalah Andres Iniesta, Fabio Cannavaro, Gennaro Gattuso dan Clarence Seedorf.
Ibrahimovic memuat naik kesebelasan utama pilihannya itu di media sosial bersama caption:
“Saya persembahkan kesebelasan impian saya. Saya sertakan sekali 50 muka surat bersama statistik lengkap dan fakta menarik sepanjang karier saya, seperti berapa banyak jaringan dihasilkan dari kaki kanan, dan berapa minit aksi saya bersama Inter,” ujar beliau.
Bagaimanapun senarai tersebut tidak menamakan seorang pun pemain Manchester United. Ibrahimovic beraksi cemerlang ketika tempoh beliau di Old Trafford, menjaringkan 17 gol sepanjang beraksi di Premier League.