Zlatan Ibrahimovic Menamakan Pemain Terhebat Sepanjang Zaman Pilihannya

Zlatan Ibrahimovic telah mendedahkan bahawa Ronaldo Nazario merupakan pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dan beliau turut memuji kehandalan legenda Brazil itu.

Penyerang Sweeden berusia 39 tahun itu telah melalui perjalanan karier yang sungguh mengagumkan dan beliau juga telah mencapai pelbagai kejayaan dalam kariernya.

Beliau dilihat melalui kerjaya yang paling cemerlang ketika beraksi bersama pasukan seperti Paris Saint Germain, Manchester United dan AC Milan.

Zlatan Ibrahimovic juga dianggap merupakan salah seorang penyerang terhebat dunia sepanjang zaman atas apa yang telah beliau persembahkan sepanjang kariernya.

Namun beliau sendiri mengakui bahawa Ronaldo Nazario adalah pemain paling beliau kagumi dan juga model ikutan beliau dalam karier bola sepaknya.

Bekas pemain Juventus dan Inter Milan itu juga memuji Ronaldo Nazario dengan menyatakan:

“Ronaldo merupakan seorang pemain bola yang kamu tidak akan pernah jumpa sebelum dia muncul dan tidak akan jumpa lagi selepas dia pergi.”

Ibrahimovic juga memberitahu laman rasmi Manchester United:

“Saya rasa Ronaldo seorang yang sangat phenomenal. Dia jenis pemain yang apa pon dia buat pasti akan menjadi WOW! Dia mampu untuk membuat pelbagai hal yang sukar dan ianya menjadi seperti magis.”

“Dia akan ambil bola dan sepertinya dia akan cakap, ‘saya akan menguruskannya sekarang.’ kamu tidak akan jumpa pemain seperti dia sebelum ini dan kamu tidak akan pernah jumpa pemain seperti dia sekarang. Dia tiada pengganti.”

“Sebagai seorang pemain muda, saya melihat dia dan bercakap pada diri saya sendiri, ‘ saya mahu jadi sebijik macam dia, seorang pemain yang membuat sesuatu yang berbeza, permata paling bersinar.”

Ronaldo sememangnya dianggap sebagai salah seorang penyerang terhebat dunia sepanjang zaman oleh para peminat selepas mempamerkan aksi cemerlang untuk kelab dan negaranya.

Jose Mourinho sendiri menolak dakwaan yang mengatakan bahawa Messi dan Cristiano Ronaldo adalah pemain terhebat sepanjang zaman dengan menyatakan:

“Tiada siapa pon pemain di dunia ini yang mampu mencapai tahap sehebat pemenang dua kali Piala Dunia itu dari segi skill dan bakatnya.”

Ketua pasukan Barcelona, Messi yang kini berusia 33 tahun itu juga bersetuju bahawa Ronaldo Nazario adalah pemain penyerang terhebat yang pernah beliau saksikan.

Legenda Brazil, Ronaldinho sebelum ini juga menyatakan bahawa Ronaldo Nazario adalah pemain yang boleh dianggap lebih handal dari pemenang enam kali gelaran Ballon d’or, Messi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.