Zlatan Ibrahimovic telah mendedahkan bahawa beliau mengarahkan pertahanan AC Milan, Pierre Kalulu untuk mencabut gloves yang dipakai ketika debutnya bersama kelab.
Kalulu menyertai Milan pada musim panas lalu dan telah membuat penampilan senior pertamanya dalam saingan Europa League pada Disember lalu.
Bintang berusia 20 tahun itu mahu mengenakan gloves kerana cuaca sejuk ketika pertemuan bertemu Sparta Prague dan Ibrahimovic menentang perkara tersebut.
“Hace unas semanas, Pierre Kalulu (20 años) debutó en Milán y llevaba guantes. Le pedí que se los quitara. ¿Cómo es que un joven defensa está debutando con guantes? Por supuesto que no asustará al atacante…”.
Zlatan Ibrahimovic, en CorSport. Jaaa. 😅 pic.twitter.com/nhjsVSD0EK
— Ataque Futbolero (@AtaqueFutbolero) January 15, 2021
Beliau mendedahkan kepada CorSport melalui SoccerLaduma dengan menyatakan:
“Beberapa minggu lalu, Pierre Kalulu melakukan debutnya bersama AC Milan dan dia ketika itu memakai gloves.
“Saya arahkan dia untuk buka gloves itu, apa lah rupa seorang centre-back muda melakukan debut dengan memakai gloves.”
“Dah tentu dia tidak akan dapat untuk menakut-nakutkan penyerang pasukan lawan.”
Walau nampak sedikit kasar, namun araha dari Ibrahimovic sepertinya membuahkan hasil dengan Milan memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0.
EN TODOS LOS DETALLES. “Pierre Kalulu (20) debutó y yo vi que tenía los guantes puestos. Obviamente le dije que se los quitara. ¿Cómo un central va a debutar con guantes? No le va a dar miedo a nadie, seguro el delantero no se va a asustar al verlo”, Zlatan Ibrahimovic. 😂👏 pic.twitter.com/85YKj48EGz
— PorMinutos (@por_minutos) January 15, 2021
Kalulu kini sudah beraksi lebih dari tujuh penampilan untuk the Rossoneri yang kini sedang mendahului saingan Serie A.
Ibrahimovic merupakan pemain utama yang membantu kelab untuk kembali mendominasi saingan liga dengan menjaringkan 10 gol dari tujuh perlawanan sepanjang musim ini.
“Saya akan memutuskan tentang masa depan saya pada penghujung musim nanti bersama AC Milan. Selagi mana saya rasa bagus di padang, saya akan terus bermain.”
Jelas pemain berusia 39 tahun itu.
Milan mara ke peringkat suku akhir saingan Coppa italia pada petang selasa lalu selepas berjaya menewaskan Torino 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.
Zlatan Ibrahimovic menghardik Pierre Kalulu [20 tahun] yang menjalani debut bersama AC Milan memakai sarung tangan.
"Gua suruh dia untuk melepasnya. Seorang bek muda menjalani debut memakai sarung tangan, gag akan ditakuti oleh striker." [Corsport] pic.twitter.com/GQkSmxrX2d
— footballisme (@footballisme) January 15, 2021
Ironinya, Kalulu telah dinamakan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu oleh laman rasmi kelab.
Pengurus pasukan, Stefano Pioli mendedahkan kepada Rai Sport bahawa:
“Saya hanya mampu berpuas hati dengan persembahan pemain saya. Ia merupakan perlawanan keempat dalam tempoh sembilan hari dan mereka sama sekali tidak hilang semangat dan intensity.”
“Ia agak menyedihkan kami gagal memenangi perlawanan dalam tempoh 90 minit. Kami masih menunjukkan kualiti kerana menjaringkan lima penalti bukan satu hal yang mudah.”
Milan signed 20-year-old RB Pierre Kalulu from Lyon B on a free transfer last summer. Kalulu has since been extremely impressing at both RB and CB. That move really sums up Milan’s new management; might not sign the biggest names, but the recruitments are very intelligent.
— Maxi (@MaaxiAngelo) January 12, 2021
“Kami percaya dengan kualiti yang kami miliki. Kami selalu berfikiran positif ketika perlawanan. Bertahan dalam perlawanan bermaksud memberi tumpuan dan percaya dengan kemampuan kami. Ini membuktikan kami benar kerana perlawanan itu sangat sukar dan memeningkan.”
“Pemain muda kami mempunyai kualiti dan ia sememangnya harus seperti ini kerana kami Milan. Ia salah satu sektor perspective. Ia sangat bagus ketika pemain muda kita sudah bersedia.”