Zlatan Ibrahimovic berjaya mencetuskan kebangkitan untuk skuad AC Milan menewaskan Juventus dalam perlawanan Serie A di San Siro pada awal pagi tadi.
Milan mengharungi babak pertama yang sangat teruk dan keputusan akhir tamat separuh masa pertama adalah seri 0-0.
Masuk babak ke dua perlawanan, Juventus terlebih dahulu mendahului Milan dengan keputusan 2-0 sebelum AC Milan melakukan come back menewaskan the old ladies 4-2.
WHAT. A. NIGHT!
🔴⚫#MilanJuve #SempreMilan pic.twitter.com/468lzPKbvo— AC Milan (@acmilan) July 7, 2020
Juventus terlihat dominan diawal babak kedua perlawanan dengan Adrien Rabiot dan Cristiano Ronaldo menjaringkan gol untuk mereka selesa mendahului Milan 2-0.
Mendahului 2-0 pastinya mereka sudah membayangi kejuaraan kesembilan saingan Serie A secara berturut-turut semakin menghampiri.
Namun gol jaringan Ibrahimovic menerusi sepakan penalti pada minit ke-62 perlawanan memberikan harapan untuk Milan, seterusnya memberi tekanan kepada Juventus.
Sejurus selepas mendapatkan jaringan pertama, Milan seolah mendapat tenaga baru dan mereka terlihat lebih dominan menguasai perlawanan.
Juventus sepertinya hilang keyakinan dan tidak berjaya untuk mengawal permainan dengan baik.
WHAT A COMEBACK!
Zlatan's penalty sparked a stunning AC Milan fightback against Juventus.
Report: https://t.co/cVwUoRQDe5 pic.twitter.com/CkAJSlKiSR
— BBC Sport (@BBCSport) July 7, 2020
Selepas Ibrahimovic, giliran Frank Kessie pula mencetak nama sebagai penjaring gol untuk AC Milan dan menjadikan kedudukan terikat 2-2.
Juventus semakin tertekan dan hilang rentak permainan, seminit selepas Frank Kessie menjaringkan gol penyamaan, Rafael Leao berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Milan mendahului perlawanan dengan keputusan 3-2.
Milan terus menguasai perlawanan selepas mendahului Juventus dengan keputusan 3-2 dan Ante Rebic berjaya menjaringkan gol keempat untuk pasukan tuan rumah selesa memenangi perlawanan ini.
AC Milan akhirnya berjaya melakukan come back selepas ketinggalan 2-0 seterusnya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-2.
Kekalahan ini bermakna Juventus gagal untuk terus menjarakkan diri dari Lazio yang juga tewas 2-1 kepada Leece pada selasa lalu.
#ACMilan since Serie A resumed…
🔘 5 games
✅ 4 wins
➖️ 1 draw
⚽️ 15 goals scored
❌ 5 goals conceded
👀 Wins over Roma, Lazio and JuventusOn fire. 🔥🔴⚫️ pic.twitter.com/bLcC7fdUu1
— MilanData📊 (@acmilandata) July 7, 2020
Maurizio Sarri sendiri terkilan dengan apa yang dipersembahkan oleh anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut.
Rabiot berjaya menjaringkan gol yang cantik dalam perlawanan ini walau pasukannya tewas dan kehilangan mata.
Ronaldo penjaring gol kedua untuk Juventus dalam perlawanan ini berjaya mencipta rekod baru kemarin selepas muncul sebagai pemain Juventus pertama menjaringkan 25 gol dalam saingan Serie A sejak 1961.
Sayangnya Juventus kehilangan momentum selepas selesa mendahului 2-0 dan membenarkan AC Milan bangkit merekodkan kemenangan selesa 4-2.
Milan kini dalam langkah terbaik untuk merebut slot khas ke saingan Eropah musim hadapan.