Bekas duo handalan Paris Saint Germain, Zlatan Ibrahimovic dan Edinson Cavani merupakan dua dari empat pemain yang berjaya menjaringkan lebih dari 100 gol dari dua liga berbeza di abad ini.
Salah seorang pengguna Reddit telah mengumpulkan data dan menyenaraikan senarai pemain yang menjaringkan lebih 100 gol dalam saingan liga domestik.
Mengikut data-data tersebut, jaringan yang di ambil kira hanyalah jaringan dari saingan liga domestik tidak termasuk dari liga Juara-juara.
Zlatan Ibrahimovic now has 134 goals in Serie A, surpassed Inter legend Alessandro Altobelli at 132. pic.twitter.com/7uv73zq9Jp
— Mo 🍃 (@MilanDebris) September 22, 2020
Zlatan Ibrahimovic yang kini berusia 38 tahun berjaya mencipta lebih dari 100 gol dari kedua-dua saingan Serie A dan Ligue 1.
Penyerang Sweeden yang kini sedang beraksi bersama AC Milan itu juga pernah beraksi bersama Juventus dan Inter Milan dalam saingan Serie A.
Ibrahimovic telah berjaya untuk mengumpulkan 134 gol dalam saingan Serie A, dan bekas bintang Manchester United itu turut berjaya menjaringkan 113 gol bersama PSG dalam saingan Ligue 1.
Bekas rakan sepasukan Zlatan, Edinson Cavani kini merupakan pemain berstatus free agent, selepas beliau meninggalkan PSG pada musim panas ini.
🇮🇹 Edinson Cavani for Napoli:
🏟 Games: 138
⚽️ Goals: 104🇫🇷 Edinson Cavani for PSG:
🏟 Games: 245
⚽️ Goals: 170🇺🇾 Edinson Cavani for Uruguay:
🏟 Games: 106
⚽️ Goals: 45🔥 World Class. pic.twitter.com/Wn6auWFXMJ
— SPORF (@Sporf) June 30, 2018
Pemain kebangsaan Uruguay itu berjaya menjaringkan 138 gol dari tujuh tahun kariernya bersama gergasi Perancis itu.
Penyerang berusia 33 tahun itu juga sebelumnya beraksi untuk Palermo dan Napoli dalam saingan Serie A dan telah mengumpulkan 112 jaringan di sana sebelum menyertai Paris Saint Germain pada tahun 2013.
Turut berada dalam senarai bersama Ibrahimovic dan Cavani adalah penyerang Inter Miami, Gonzalo Higuain dan penyerang Tigres, Andre Pierre Gignac.
Senarai berikut merupakan senarai pemain yang menjaringkan lebih 100 gol dari dua liga berbeza yang mereka sertai.
Senarai Pemain Berjaya Menjaringkan Lebih 100 Gol Dari Dua Liga Berbeza:
Zlatan Ibrahimovic: Serie A (134) & Ligue 1 (113)
Edinson Cavani: Ligue 1 (138) & Serie A (112)
Gonzalo Higuain: Serie A (125) & La Liga (107)
Andre-Pierre Gignac: Liga MX (120) & Ligue 1 (103)
Real Madrid under Carlo Ancelotti was pure football, genuinely insane to watch.
My favourite version of Cristiano Ronaldo was under Carlo Ancelotti…
• 112 goals, 47 assists in 101 games. 🤯 pic.twitter.com/lrCN4O3gzL
— TC. (@totalcristiano) September 26, 2020
Cristiano Ronaldo dan Luis Suarez merupakan antara pemain yang berjaya menjaringkan 100 dan ke atas untuk setidak-tidaknya dalam satu saingan liga.
Bahkan rekod jaringan yang mereka cipta juga, sangat sukar untuk dicapai oleh mana-mana pemain di liga lain.
Senarai berikut merupakan pemain yang telah menjaringkan setidak-tidaknya 100 gol dari satu liga dan lebih 50 gol dari liga yang berbeza.
Senarai Pemain Yang Menjaringkan 100 Gol Dari Satu Liga:
Luis Suarez: La Liga (146), Eredivisie (91) & Premier League (69)
Fernando Torres: La Liga (103) & Premier League (85)
Cristiano Ronaldo: La Liga (311), Premier League (84) & Serie A (55)
Andriy Shevchenko: Serie A (127) & Ukrainian Premier League (83)
Luis Suarez's Atletico Madrid debut:
1️⃣9️⃣ Minutes
2️⃣ Goals
1️⃣ Assist pic.twitter.com/R4fVbKXjen— Goal (@goal) September 27, 2020
Robbie Keane: Premier League (125) & MLS (83)
Klaas-Jan Huntelaar: Eredivisie (148) & Bundesliga (82)
Roy Makaay: La Liga (100), Bundesliga (78) & Eredivisie (78)
David Villa: La Liga (185) & MLS (77)
Sergio Aguero: Premier League (180) & La Liga (74)