Zidane Telah Ditendang Di Pipi Oleh Pemain Celta Vigo

Zinedine Zidane telah mengalami kesakitan yang amat apabila pipinya secara tidak sengaja telah ditendang oleh pemain Celta Vigo ketika Real Madrid seri 2-2.

Pada minit ke-61, ketika Zidane sedang asyik menjerit memberi arahan di tepi padang pemain pertahanan Celta Vigo, Joseph Aidoo telah datang untuk menyelamatkan bola.

Dalam usahanya mendapatkan bola daripada keluar dari permaian, Joseph Aidoo telah hilang keseimbangan badan dan terjatuh di kaki Zidane.

Jatuhan Joseph Aidoo membuatkan beliau meluncur terus melanggar Zidane yang turut menerima impak perlaggaran itu dan jatuh bersama-sama.

Sebelum sempat jatuh kaki Joseph Aidoo telah menghinggap ke pipi Zidane dan kelihatan sangat menyakitkan.

Tony Kroos terus datang ke tepi padang bukan untuk menolong tetapi mengambil bola dan membuat lontaran ke dalam.

https://twitter.com/_owurakuampofo/status/1229337643378454528

Selepas perlawanan tamat, Zidane membuat pengesahan bahawa beliau tidak apa-apa selepas kemalangan itu.

“Ya, beliau telah melanggar aku dan aku ada ditepi padang.”

Gol pendahuluan daripada Tony Kroos dan Sergio Ramos tidak cukup untuk Real Madrid melebarkan kedudukan sebagai pendahulu La Liga.

Gol daripada Fyodor Smolov dan Santi Mina membolehkan Celta Vigo mengikat Real Madrid untuk berkongsi mata.

Kini Real Madrid hanya dipisahkan satu mata sahaja dengan Barcelona yang berada ditangga kedua.

Zidane mengakui bahawa Celta Vigo pasukan yang baik dan kerana itulah Real Madrid kehilangan mata berharga di tempat sendiri.

Menurut Zidane Real Madrid bermain agak terus pada separuh masa pertama dan itu telah memberi kesan kepada pasukan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.