Zinedine Zidane dan Real Madrid telah menolak peluang untuk mendapatkan Dele Alli sebagai pemain pinjaman dari Tottenham Hotspur.
Pengurus dari Perancis itu dilaporkan menolak untuk mendapatkan Dele Alli kerana komen yang telah pemain itu lakukan pada tahun 2017 yang lalu.
Tottenham Hotspur kini hampir pasti untuk menandatangani Sergio Reguilon secara tetap dan juga mahu mendapatkan Gareth Bale sebagai pemain pimjaman untuk tempoh semusim dari Real Madrid.
Tottenham está trabajando en un movimiento para fichar a Gareth Bale a préstamo, y Dele Alli podría unirse al Real Madrid como parte del acuerdo, según The Telegraph
Si se llega a dar esto Beneficia a Zidane.. pic.twitter.com/zlTulBToKe— Deportes y Noticias (@wilnoticias) September 15, 2020
Kedua-dua pihak Tottenham Hotspur dan Real Madrid sudah melanjutkan perbincangan dan bakal memuktamadkan urusan perjanjian tersebut.
Walau bagaimanapun, salah satu hal yang terdapat dalam perbincangan kedua-dua belah pihak itu adalah meletakkan Dele Alli sebagai pemain pinjaman untuk Real.
Namun tawaran dari Spurs untuk meminjamkan Dele Alli telah ditolak mentah-mentah oleh Zinedine Zidane.
Dan alasan mengapa Dele Alli ditolak adalah kerana komen yang beliau lakukan pada tahun 2017 yang lalu.
At his best, Dele Alli’s ability to bring the ball out of the air for a finish is unmatched in world football. pic.twitter.com/0SShWPMSGr
— TheICTZone (@theictzone) September 15, 2020
Menurut sumber laporan dari media penerbitan Sepanyol, AS, Zidane menolak untuk menerima Alli kerana beliau marah dengan komen dari pemain kebangsaan England itu pada 2017 yang lalu.
Dele Alli ketika itu menyatakan bahawa beliau seharusnya berjaya mencipta Hat-trick dalam kemenangan Spurs menewaskan Real 3-1 dalam saingan liga Juara-juara.
Alli menjaringkan gol untuk skuad kendalian Mauricio Pochettino ketika itu di peringkat kumpulan dalam saingan liga Juara-juara.
Jaringan beliau juga membantu Tottenham menewaskan Real Madrid di Wembley. Selepas perlawanan itu, Alli menegaskan bahawa beliau seharusnya menjaringkan tiga gol dalam perlawanan itu.
“Secara jujurnya saya kecewa kerana gagal untuk mencipta Hat-trick. Saya mendapat peluang mudah hasil umpanan dari Kieran Trippier.”
🚨 EXCLUSIVA DC 🚨 | la sonada respuesta de Zidane al plantearle la llegada de Dele Alli al Real Madrid https://t.co/dcjomVltMv#RealMadrid #DeleAlli #Tottenham pic.twitter.com/5X1jRyf8X3
— Defensacentral.com (34🏆) (@defcentral) September 16, 2020
Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Zidane tidak senang dengan komen dari Alli itu dan mendakwa bahawa dua gol jaringannya hanya nasib.
Menurut Zidane gol pertama Alli itu sepatutnya tidak dikira kerana beliau dalam kedudukan Offside dan satu lagi jaringannya merupakan deflection.
"I think Dele Alli was built up to a level that he wasn't really at."
"What we're seeing now is where he really is."
"I'm not entirely sure there will be a huge queue of people wanting to pay what Spurs want."@SJOpinion10 isn't sure where Dele Alli would go if he left #THFC. pic.twitter.com/06x4iJv7Ie
— talkSPORT (@talkSPORT) September 17, 2020
Pendapatan Dele Alli juga menjadi permasalahan untuk Real dengan pemain kebangsaan England itu menerima £100,000 seminggu.
Madrid sendiri mahu berjimat untuk mengumpul dana dan mereka berjaya jimat £15 juta selepas Tottenham sanggup membayar separuh dari gaji Bale.
Madrid juga sedang mengumpul dana untuk menandatangani Kylian Mbappe dari Paris Saint Germain pada jendela perpindahan akan datang.