Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane percaya pasukannya kini bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.
Real Madrid menamatkan saingan kumpulan A sebagai pasukan tangga kedua di belakang PSG dengan beza 5 mata daripada juara Perancis itu.
Zinedine Zidane bergurau kasar dengan Liverpool apabila menegaskan pasukannya akan menyingkirkan Liverpool jika diundi bertemu dengan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu.
Zidane gembira dengan prestasi semasa pasukannya dan kejayaan mereka mara ke pusingan kalah mati.
Wartawan bertanya kepadanya, adakah beliau tidak gerun untuk diundi berhadadapan dengan pasukan juara bertahan Liverpool.
Wartawan bertanya adakah Zindine Zidane dan Real mahu mengelak daripada berhadapan dengan pasukan Liverpool?
Liverpool merupakan pasukan yang dianggap pasukan yang mahu dielakkan oleh semua pasukan.
Hal ini kerana Liverpool berada dalam prestasi terbaik mereka ketika ini. Liverpool masih belum kalah di peringkat EPL setakat ini.
Tetapi dalam kempen UCL, Liverpool terpaksa menunggu hari terakhir peringkat kumpulan untuk mengesahkan kemaraan mereka.
Berbeza dengan Real Madrid yang sudah layak sebelum sepak mula pada perlawanan terakhir mereka dalam peringkat kumpulan.
Zidane ternyata ketawa kecil mendengar soalan wartawan itu dan berkata: “Jika pasukan kami diundi berhadapan dengan Liverpool, kami akan singkirkan mereka.”
Zidane kemudian menambah bahawa mereka tiada kuasa untuk menentukan undian itu nanti. Dan mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja, termasuk pasukan yang sangat cemerlang musim ini, setakat ini, Liverpool.
“Tiada apa yang kami boleh lakukan ke atas undian itu nanti.”
Undian pusingan kalah mati UCL akan berlangsung pada Isnin akan datang.
Real Madrid menewaskan Liverpool dalam final 2018 yang lalu. Di mana skuad bimbingan Zidane menang 3-1 dalam final tersebut.
Aksi komedi Loris Karius di gawang gol dan kecederaan oleh Mohamed Salah membuatkan malam Liverpool serba tidak menjadi.
Namun kali ini Zidane mempertaruhkan skuad yang berbeza tanpa pemain berpengaruh, Cristiano Ronaldo dan juga Keylor Navas.
Real Madrid juga berhadapan dengan beberapa siri kecederaan pemain. Namun ada di antara mereka sudah semakin hampir untuk pulih.
Walaubagaimanapun, peningkatan aksi para pemain mudah termasuk Vinicius Jr. melegakan Zinedine Zidane yang kembali semula menjawat jawatan pengurus.
Real Madrid musim ini masih dalam landasan persaingan kejuaraan liga dan juga UCL. Boleh dikira, musim ini mereka jauh lebih baik berbanding musim lalu.
Mereka mahu menamatkan musim ini dengan sekurang-kurangnya 1 piala selepas musim lalu yang mengecewakan di mana Real Madrid menamatkan musim mereka tanpa sebarang piala.
Adakah Zinedine Zidane akan berjaya membawa Real Madrid menjulang UCL sekali lagi? Beliau menjaidi jurulatih yang membawa Real Madrid menjulang 3 UCL secara berturut-turut sebelum ini. Satu pencapaian yang sangat unik dilakukannya di Real Madrid.
Dan adakah Liverpool akan berjaya mempertahankan kejuaraan mereka pada kali ini?