Zeljko Buvac Klaim Dirinya “Mastermind” Sebenar Kejayaan Liverpool

Bekas pembantu pengurus di Liverpool, Zeljko Buvac menegaskan bahawa dirinya adalah individu sebenar di sebalik kejayaan Jurgen Klopp bersama Liverpool.

Bubac berkerja bersama Klopp selama 17 tahun sebelum hubungan kedua-duanya retak pada April 2018. Buvac tampil dalam satu temuramah khas mendedahkan perkara itu.

Perkara itu disembunyikan Liverpool selama ini dengan berkata pemergian Buvac adalah disebabkan perkara peribadi.

Buvac dianggap sebagai ‘tulang belakang’ kepada apa yang dilakukan Liverpool pada era Kloop, dan ramai yang berfikir bagaimana Liverpool akan meneruskan cabaran tanpa beliau.

Bagaimana pun Liverpool berjaya mengharungi tempoh tanpa Buvac selepas melantik Pep Lijnders sebagai pengganti, dan telah memenangi Champions League dan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang pertama selepas itu.

Untuk dua kejayaan tersebut, Buvac mengakui tidak mengucapkan tahniah pun kepada Liverpool atau pun kepada Klopp.

“Saya tidak lakukan [ucap tahniah],” kata Buvac yang kini menjawat jawatan Pengarah Sukan Dynamo Moscow kepada Nobel.

“Saya gembira untuk Liverpool, untuk penyokong dan pemain. Tetapi saya tidak lakukannya.:

Buvac kemudiannya berkongsi bagaimana beliau melakukan kerja seorang pengurus selama 17 tahun bekerja bersama Klopp.

“Saya melakukan tugas seorang pengurus, kecuali tidak bercakap kepada umum dan tidak ditemuduga wartawan,” sambung beliau lagi.

“Selain itu, tugas saya sama saja cuba memberikan impak kepada pasukan sebanyak mungkin yang saya mampu untuk mereka berjaya. Tetapi saya tidak perlukan semua perhatian sebegitu.

“Saya tidak mahu menjadi pengurus sekarang. Jika Barcelona yang menghubungi saya, maka mungkin. Jika tidak, tidak perlu.

“Anda berkata saya berada di sini untuk menunggu peluang yang lebih baik. Jikalau anda nak tahu, saya telah mendapat pelbagai tawaran tetapi menolaknya [selepas meninggalkan Liverpool]. Tetapi saya tidak akan mendedahkan kelab mana.”

Temubual bersama Buvac itu dikeluarkan sehari selepas Liverpool dimalukan Aston Villa dengan kekalahan 7-2, dan dakwaan oleh Buvac terhadap kelab yang berminat dengan khidmatnya juga bukan perkara baru.

Bekas Ketua Bahagian Pengambilan Pemain Arsenal, Sven Mislintat percaya pembantu pengurus Liverpool Zeljko Buvac merupakan individu yang tepat untuk menggantikan tempat Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal.

Sky Sport News pernah melaporkan Arsenal bercadang untuk melantik pengganti Wenger sebaik sahaja kempen musim ini berakhir, dan Mislintat mahu bekas rakan sekerjanya di Borussia Dortmund, Buvac mengisi kerusi panas tersebut.

Buvac digelar Klopp sebagai ‘The Brain’ atau otak disebalik kejayaan beliau sepanjang karier pengurusannya. Kerjasama di antara Buvac dan Klopp bermula di Mainz 17 tahun yang lalu, dan sejak dari itu mereka kekal bersama menguruskan Dortmund dan Liverpool.

Klopp pernah menggelarkan  Buvac sebagai pembelian terbaik yang pernah dilakukannya.

Klopp kini berusia 51 tahun telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015 selepas cemerlang selama 7 tahun bersama Borussia Dortmund dengan 2 kejuaraan Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Champions League.

Sebelum itu Klopp telah bersama FSV Mainz 05 dan telah membawa kelab itu ke liga teratas Jerman buat pertama kali dalam sejarah kelab pada 2004 dan bermain di kejohanan Eropah setahun kemudaian.

Sepanjang tempoh itu, sumbangan Buvac sememangnya tidak boleh dinafikan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.