Zaha Dedah Isu Perpindahannya Ke Arsenal Gagal Kerana Nicolas Pepe

Bintang sensasi Crystal Palace, Wilfried Zaha mendedahkan tentang bagaimana beliau benar-benar hampir untuk melengkapkan perpindahan ke Arsenal.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu sudah lama dikaitkan dengan bakal melengkapkan perpindahan ke Emirates, namun ia tidak pernah menjadi kenyataan.

Dan pernah terjadi yang mana Zaha sudah benar-benar hampir pasti untuk sertai Arsenal ketika di bawah kendalian Unai Emery, tetapi menemui kegagalan juga diakhirnya.

Zaha mendedahkan hal tersebut dalam temu bual beliau bersama Jamie Carragher di acara ‘The Greatest Game podcast.

Beliau ketika itu sudah memaklumkan kepada pengurusnya tentang hasrat beliau untuk berpindah ke London dan menyertai Arsenal.

Namun begitu, the gunners kemudiannya memilih untuk mengejar Nicolas Pepe yang akhirnya menandatangani perjanjian bersama mereka dengan nilai £72 juta.

Zaha percaya Arsenal lebih memilih Pepe hanya kerana pemain itu bermain dalam saingan luar sebelum ini dan itulah punca mengapa Gunners memilihnya berbanding diri beliau sendiri.

Pepe sebelum membuat kemunculan dalam saingan premier league pernah beraksi dalam saingan Ligue 1 dan menjaringkan 22 gol dari 38 perlawanan terakhirnya di sana.

“Saya sudah berbincang dengan pengurus. Unai Emery ketika itu seperti, ‘kita tidak perlu pergi terlalu jauh sangat’.”

Jelas Zaha.

“Dia kata dia sudah tengok saya bermain, dia tahu saya boleh mengubah permainan pada bila-bila masa saja dan semua hal seperti itu. Dia macam, ‘ya kami gembira dapat miliki kamu’, dan saya Ketika itu juga rasa yang saya gembira untuk datang.”

“Perbualan itu sangat berterus terang kerana saya bermain bertemu dia ketika dia mengurus Arsenal. Dia nampak apa yang saya mampu lakukan, nampak kerja keras saya, dan apa yang akan saya beri pada dia.”

“Jelas sekali ketika itu semuanya terpulang pada kelab siapa yang mereka mahukan dan mereka memilih Pepe berbanding saya.”

“Kamu lihat pemain datang dari Brazil atau liga lain, mereka pasti akan dapat perhatian yang lebih.”

Tambah Zaha lagi.

“Tapi, saya cuma fikir jika pemain itu bermain dalam saingan premier league, kamu akan tengok dia setiap minggu, jadi atau tak. Kamu tahu apa dia buat.”

“Saya tak habis fikir hal ini. Saingan liga lain jelas sangat berbeza.”

Sejak urusan perpindahan itu tergendala, Zaha terus menjadi bintang utama untuk Crystal Palace dan aksi hebat yang beliau persembahkan antara sebab mengapa mereka masih berada dalam saingan premier league.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.