Young Hanya Perlukan 29 Minit Untuk Assist Pertama Dalam Debut

Jika Lingard mengambil masa sudah lebih setahun untuk mencari gol dan assist pertama dalam liga bersama Man United, Ashley Young pula hanya melakukannya dalam perlawanan debut, bersama Inter Milan.

Bekas kapten Man United itu menjadi pemain terbaru yang ditandatangani oleh Conte. Sebelum ini Conte berjaya membangkitkan karier Romelu Lukaku di Inter Milan.

Kini mungkin giliran, Ashley Young pula untuk menaikkan semula kariernya, walaupun sudah di fasa akhir.

Ashley Young hanya bersama Inter Milan selama sembilan hari. Dan beliau sudah melakukan assist dalam liga untuk kelab baharunya.

Pemain berusia 34 tahun itu diberikan debut dalam aksi berhadapan dengan Cagliari.

Young sebelum musim ini bermain 12 aksi untuk Man United. Namun tanpa sebarang assist dan gol.

Hanya 29 minit untuk Inter Milan beliau sudah melakukan assist yang sangat bermakna di dalam debut beliau di Itali.

Bekas pemain Manchester United dan Aston Villa, Ashley Young melakukan hantaran lintang dari sayap kanan. Dan ia disambar oleh Lautaro Martinez pada minit ke-29.

https://twitter.com/i/status/1221403704152248320

Ashley Young menggunakan teknik yang sangat baik dalam melakukan hantaran lintang itu yang tepat ke arah Lautaro Martinez.

https://twitter.com/i/status/1221404351358435328

Namun bekas pemain Inter Milan iaitu Radja Nainggolan membalas gol itu untuk Cagliari.

Inter Milan terikat 1-1 dalam masa penuh. Lebih mengecewakan apabila Lautaro Martinez dibuang padang pada masa kecederaan.

Conte bermain dengan sistem 5-3-2 dengan Young menjadi wing back. Ini membolehkan Young lebih aktif melalukan hantaran lintang dan naik ke atas.

Walaupun Young menyumbang Assist, namun Inter Milan agak kecewa dengan keputusan seri yang mereka catatkan.

Ini kerana ia mebuatkan mereka ketinggalan 3 mata di belakang Juventus yang masih kurang satu perlawanan.

Inter Milan perlu lebih konsisten untuk terus mencabar kejuaraan liga dari juar bertahan Juventus.

Kapten Marvel pasukan Manchester United iaitu Ashley Young menyertai Inter Milan dengan nilai perpindahan  £1.3 juta juta daripada Inter Milan.

United terpaksa melepaskan kapten mereka itu yang berada di 6 bulan terakhir kontrak beliau.

Antonio Conte sangat berkenan dengan Ashley Young yang dianggap pelengkap kepada sistem permainan beliau.

Young adalah pemain yang dirasakan sesuai dengan taktikal Antonio Conte di Inter Milan, yang kini sedang bersaing hebat dengan Juventus bagi merebut kejuaraan Liga Serie A Itali.

Inter enggan menunggu sehingga tamat musim ini untuk mendapatkan Young. Ianya setelah Conte menyatakan beliau mahukan Young pada kadar segera.

Itu yang membuatkan perpindahan Young perlu melibatkan bayaran perpindahan. Young sebelum ini sudah menyatakan hasrat beliau kepada Ole Gunnar Solskjaer bahawa beliau mahu menyertai Antonio Conte.

Ashley Young menyertai Manchester United pada 2011 dari Aston Villa. Ketika itu beliau menjadi rebutan banyak kelab.

Namun Young tertarik untuk ke Manchester United kerana mahu bermain di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, yang ketika itu menjadi pengurus Setan Merah.

Ashley Young bermain dalam 261 penampilan untuk Manchester United. Beliau menjaringkan 19 gol dan mencipta 43 assist untuk pasukan tersebut.

Selain itu Young sudah memenangi 4 trofi bersama dengan Manchester United dan juga 2 talam komuniti.

Ashley Young diberikan kepercayaan oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk menjadi kapten sepenuh masa di Manchester United selepas Antonio Valencia pergi meninggalkan pasukan tersebut.

Ashley Young pemain yang memiliki corak permainan berpasukan yang sangat bagus. Beliau bukan pemain yang tamak.

Ashley Young juga boleh bermain di banyak posisi di atas padang. Beliau merupakan pemain yang sentiasa bersemangat waja.

Selain daripada boleh mencipta peluang gol, Ahsley Young juga mampu menjaringkan gol dan melakukan tugasan setpiece ketika di atas padang.

Versatiliti yang ada pada Ashley Young ini membuatkan Antonio Conte sangat perlukan pemain seperti beliau di dalam pasukan.

Ashley Young menjadi pemain keempat United musim ini pergi ke Serie A selepas Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, dan Chris Smalling.

Namun 2 perjanjian iaitu, Smalling dan Sanchez adalah pinjaman ke Inter dan Roma.

Ashley Young yan kini berusia 34 tahun, akan bergabung kembali dengan Romelu Lukaku dan juga Alexis Sanchez di Inter Milan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.