Yeyen Claim 2 Gol Malaysia Adalah Hadiah Dari Indonesia, Aidil Bermain Kotor

Ketua jurulatih, salah sebuah pasukan terhebat di Asia iaitu Indonesia, Yeyen Tumena menganggap kemenangan Malaysia bukanlah sebab pasukan itu bermain bagus sangat.

Namun ianya kerana 2 kesilapan pemainnya yang menghadiahkan gol kepada Malaysia.

Malah, Yeyen Tumena percaya para pemainnya yang wajar dipuji kerana bermain mengikut taktikal dan strategi yang telah beliau rancang dan rencanakan.

Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia dalam aksi di antara 2 musuh utama di Asia Tenggara.

Kedua-dua gol adalah menerusi Safawi Rasid.

Yeyen Tumena berkata: “Sebenarya, tim kita sudah bermain seperti apa yang direncanakan. Namun keputusan masa penuh adalah kerana kesilapan kita sendiri.”

“Di peringkat antarabangsa seperti ini, kita tidak boleh melengahkan usaha untuk mencipta peluang gol dan pasukan lawan mencetak gol daripada kesalahan kita.”

“2 gol pasukan Malaysia adalah hadiah daripada para pemain Indonesia.”

Yeyen kemudian menyatakan Indonesia tidak bermain dengan kekuatan sebenar kerana kehilangan khidmat pemain seperti Stefano Lilipaly, Zulfiandi dan Evan Dimas.

Yeyen juga turut memuji pemain muda Muhammad Ichsan yang menurutnya membuatkan pemain Malaysia jadi tertekan sehingga mahu mencederakannya.

“Kami tak banyak pilihan di bahagian tengah. Lalu kami cuba mematikan gerakan pemain tengah mereka dengan pemain tengah yang rajin.”

“Berdasarkan penilaian saya, Ichsan bermain sangat baik hari ini bersama Hendro dan Bayu. Kita sendiri dapat melihat tadi pasukan Malaysia hanya mampu bermain ke tepi dan ke hujung sayap.”

“Pemain no.15 mereka (Brendan Gan) lebih banyak melakukan hantaran ke belakang.”

Seterusnya Yeyen Tumena tidak gembira dengan aksi Aidil yang menurutnya agak emosi dengan kehebatan Muhamad Ichsan sehingga ada mencuba mahu mencederakan pemain tersebut.

“Terjadi juga emosi pada kapten mereka (Aidil Zafuan) yang cuba mencederakan Ichsan.”

“Dan saya fikir, Ichsan pemain muda yang memiliki bakat dan masa depan yang cerah.”

“Pasukan kami sudah bekerja keras sepanjang perlawanan. Dan saya mahu menyatakan penghargaan saya kepada para pemain Indonesia.”

Indonesia kini tewas kesemua perlawanan. Menjadikan mereka pasukan tunggal dalam kumpulan G dengan tanpa sebarang mata selepas 5 perlawanan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.