Yelena Isinbayeva, Gimnas Gagal Yang Menjadi Jagoan Lompat Bergalah

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Bagi peminat sukan seluruh dunia nama Yelena (sebutam Ee-Ley-Na) Isinbayeva bukanlah asing. Jika Tiger Woods terkenal di lapangan gol, Nicole David terkenal di lapangan skuash, Yelena Isibayeva pula sinonim dengan lompat bergalah.

Yelena Isinbayeva boleh dikira atlet wanita paling sukses di dalam sukan lompat bergalah. Mungkin beliau adalah yang paling popular di dalam sejarah sukan ini.

Tidak dapat dinafikan, wajahnya yang cantik dan mempersona antara tarikan yang membuatkan ramai meminati beliau.

Namun kecantikan itu hanyalah penarik secara seksual, dari segi pencapaian secara kesukanan, Yelena Isinbayeva adalah alasan yang sangat kukuh untuk diminati oleh sesiapa sahaja.

Yelena memuliki 2 koleksi emas Olimpik pada 2004 dan 2008. Beliau juga ada 3 pingat emas kejohanan dunia untuk acara ini. Mencipta kejayaan di kejohanan dunia pada 2005, 2007 dan 2013.

Pada tahun 2005, Yelena menjadi wanita pertama mencatatkan ketinggian 5.0 meter dalam acara lompat bergalah. Sesuatu yang dianggap mustahil sebelum ini.

Yelena meneruskan kecemerlangannya apabila diiktiraf sebagai Atlet Wanita Terbaik Tahunan Kesatuan Olahraga Dunia (IAAF) pada 2004, 2005 dan 2008.

Tahun 2013 dianggap tahun terbaik untuk Yelena Isibayeva. Beliau memecahkan 28 rekod dunia. Dan kebanyakannya adalah memecahkan rekod yang beliau cipta sendiri.

Zaman kanak-kanak

Yelena Isinbayeva lahir pada 3 Jun 1982 di Volvograd, Soviet Union. Pada awalnya, Yelena menceburi bidang gimnastik. Beliau ingin menjadi seperti lagenda gimnastik dari Russia yang lain.

Pada usia 15 tahun beliau terpaksa menamatkan impiannya untuk menjadi gimnas. Ini kerana beliau terlalu tinggi untuk sukan tersebut.

Atas nasihat beberapa jurulatih, Yelena Isinbayeva mencuba nasib dalam acara lompat bergalah. Tidak disangka-sangka, Yelena memang sangat bagus dalam sukan ini.

Pada 1998, beliau membawa pulang pingat emas kejohanan remaja dunia. Lebih indah, kejohanan itu dilangsungkan di Russia. Isinbayeva mencatatkan 4.0 meter dalam acara tersebut.

Tahun berikutnya, beliau mempertahankan kejuaraan itu. Kali ini Isinbayeva memperbaiki catatan kepada 4.10 meter. Media di Eropah mulai mencanang nama Isinbayeva sebagai prospek cerah di dalam sukan ini.

Pada tahun 2000 Yelena Isibayeva beraksi di kejohanan remaja dunia sekali lagi. Beliau memperbaiki rekod peribadi terbaik kepada 4.20 meter.

Namun malangnya, beliau gagal mara ke Olimpik pada tahun tersebut kerana gagal mara ke final.

Yelena mengakui, itulah titik tolak beliau tidak mahu tertinggal penerbangan lagi untuk sukan seperti Olimpik. Dia menangis dan kecewa.

Yelena Isinbayeva menggandakan latihan beliau pada tahun 2001. Beliau dengan bangga memperbaiki catatat peribadi kepada 4.40 meter sekaligus menjuari kejohanan remaja Eropah. Tahun berikutnya, Yelena menakluk Eropah dengan lompatan setinggi 4.55 meter.

Menjengah ke usia 21 tahun pada 2003, gadis jelita ini terus menjadi hidangan utama dalam cerita sukan dunia. Mana tidaknya, apabila tahun yang sama beliau memecahkan rekod dunia dengan lompatan 4.86 meter. 0.4 meter mengatasi rekod lama.

Jika sebelum ini Yelena Isinbayeva tertinggal pesawat ke Olimpik 2000. Pada temasya Olimpik Athens 2004, beliau antara orang pertama menunggu atlet lain di dalam pesawat.

Yelena diletakkan sebagai perserta pilihan untuk memenangi Olimpik Athens 2004.

Isinbayeva ternyata tidak mengecewakan peminat beliau apabila berjaya menggigit pingat emas pertama dalam karier beliau. Satu impian beliau sejak kecil lagi.

Namun ketika itu beliau mengimpikan pingat emas olimpik sebagai seorang gimnas. Bak kata orang, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Yelena memenangi emas acara lompat bergalah ketika Olimpik Athens dengan rekod dunia baru, 4.91 meter.

Pada usia muda, Yelena Isinbayeva menjadi atlet Russia paling popular di dunia pada ketika itu. Beliau masih lagi muda dan memiliki banyak potensi di masa akan datang.

Pada 2005, Isinbayeva terus menawan dunia dengan lompatan beliau. Tahun tersebut Yelena memecahkan rekod dunia sebanyak 4 kali dalam 3 kejohanan berbeza.

Akhirnya, Yelena Isinbayeva melompat pada paras 5.00 meter. Itulah ketinggian yang tidak pernah beliau fikirkan selama ini. Isinbayeva melakukan ketinggian itu hanya pada cubaan pertama.

Seluruh dunia menjadi gila melihat pencapaian ini. Ia dianggap antara pencapaian terhebat di dalam sejarah sukan dunia. Seorang gadis muda kini mencabar ramai atlet lelaki dalam acara tersebut.

Pada 2007, Yelena menyapu bersih semua 18 acara yang beliau sertai. Menjadikan Yelena Isinbayeva ikon kepada sukan ini.

Tahun 2008, Sukan Olimpik Beijing, tahun Yelena Isinbayeva hadir dengan status lebih tinggi. Nama beliau dijulang seperti mana Usain Bolt dijulang di dalam acara 100 meter.

Ketika nama beliau diumumkan oleh stadium announcer, peminat di stadium menjadi histeria. Ada yang menangis, tidak percaya yang mereka akan menyaksikan salah seorang atlet terhebat dalam sejarah.

Yelena terlalu unggul. Memenangi Olimpik dengan memecahkan rekod dunia sekali lagi. Kali ini, Yelena berada di 5.05 meter di atas paras bumi untuk beberapa saat.

Beliau menikmatinya dengan jatuh sebagai seorang pemenang pingat emas dan pemegang rekod dunia yang baru. Itulah rekod dunia ke-24 yang dipecahkan Yelena. 23 daripadanya adalah rekod beliau sendiri.

Pada 2009, Yelena Isinbayeva menjadi atlet wanita pertama merekodkan ketinggian 5.00 meter dalam acara dalam dewan. Tahun yang sama beliau dianugerahkan Atlet Wanita Terbaik Tahunan Laureus untuk kali ke-2 berturut-turut. Sudah 5 tahun berturut-turut beliau dicalonkan.

Tahun 2009 juga Yelena Isinbayeva memperbaiki rekod dunia acara ini dengan lompatan 5.06 meter dalam Liga Emas di Zurich.

Pada 2012 Yelena hanya mampu merangkul gangsa. Satu laporan mengejutkan dikeluarkan sebuah akhbar. Yelena dilaporkan tidak berlatih bersungguh-sungguh untuk Olmpik London kerana beliau tidak sukakan bandar tersebut.

Yelena Isinbayeva pada awalnya mahu menarik diri. Tetapi terpaksa meneruskan penyertaan.

Pada 2016, Yelena mahu kembali ke pentas Olimpik. Beliau mahu mengakhiri karier dengan bersara sebagai pemenang pingat emas Olimpik.

Pada 2015, sebelum datang ke Rio De Janeiro, Yelena sudah melakukan lompatan 4.90 meter. Namun malangnya, Yelena Isinbayeva dihalang penyertaan beliau kerana dituduh mengambil barang terlarang.

Isinbayeva kecewa dan menganggap dirinya dianiaya. Isinbayeva tidak mengaku bersalah. Ini menyebabkan beliau digantung 8 tahun oleh Kesatuan Olimpik Antarabangsa.

Yelena Isinbayeva memutuskan untuk bersara. Tiada apa yang boleh beliau lakukan pada 8 tahun akan datang. Yelena kelihatan menangis di hadapan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika menyampaikan kata-kata semangat kepada kontinjen Olimpik Rusia ke Rio.

Pencapaian luar biasa Yelena Isinbayeva menjadikan beliau sebagai salah seorang atlet terbaik pada abad ke-21. Terlalu banyak anugerah peribadi yang lain beliau capai.

Beliau adalah pemenang emas 2 kali di Olimpik, 3 emas kejohanan Dunia, 1 Piala Dunia dan 1 Kejuaraan Eropah serta banyak lagi.

Itulah kisah suka duka seorang atlet wanita bernama Yelena Isinbayeva. Dari seorang gimnas kepada jagoan lompat bergalah. Beliau tetap lagenda di hati peminat beliau meskipun mengakhiri karier dengan agak menyedihkan.

Rujukan

Wikipedia

Hindustan Times

Fressko


SHARE ()