XI Terbaik Termurah Di EPL Yang Tak Sampai Separuh Dari Harga Pogba

Ia tidak mengejutkan melihat penyokong Manchester United bertindak mengecam dan mengkritik Paul Pogba kerana alasan ‘tidak masuk akal’ yang diberikannya selepas beliau menjatuhkan Hector Bellerin dalam kotak penalti United.

Paul Pogba memberi alasan bahawa beliau sudah kehabisan nafas kerana banyak berlari sebelumnya dan kerana itulah membuatkan beliau melakukan kesalahan tersebut.

Jika pelaburan £90 juta oleh Man United ketika membawa masuk Pogba dari Juventus dan £15 juta setahun yang dibayar kepada pemain itu menjadi ukuran, maka penyokong United layak untuk meluahkan rasa kecewa mereka.

Di bawah ini pula adalah senarai 11 pemain yang kami anggap beraksi dengan baik sekali, dan nilai mereka jika digabungkan tidak sampai separuh pun nilai yang dibayar oleh United untuk Pogba sebelum ini.

Nick Pope

Charlton – Burnley (£1.1 juta)

Nick Pope boleh dianggap sebagai penjaga gol paling underated di Premier League. Sering dipuji kerana aksi tangkasnya di hadapan gawang, Pope masih gagal menjadikan jersi No.1 England menjadi miliknya.

Namun dengan prestasi tidak menentu Jordan Pickford, Pope mungkin akhirnya berjaya mencuri perhatian gareth Southgate yang dalam proses pemiliihan skuad The Three Lions untuk Euro 2020 yang ditangguhkan ke tahun hadapan.

Pada 2014, Pope hanya beraksi di non league sebelum menyertai Charlton. Tiba di Burnley hanya dengan nilai £1.1 juta dari Charlton, ia pasti satu perjalanan yang lebgkap buat penjaga gol berusia 28 tahun itu jika diberi kepercayaan oleh Southgate.

Seamus Coleman 

Sligo Rovers – Everton (£60k)

Pemain paling berbaloi pernah dibeli oleh kelab Premier League dalam sejarah. Kita tidak akan mendapat harga lebih rendah dari ini.

Harga Coleman hanya £60,000, bersamaan dengan gaji kebanyakkan pemain yang beraksi di Premier League.

Dan ia nyata pelaburan yang berbaloi dari Everton setelah mendapatkan pemain tersebut dari Sligo Rovers pada 2009. Kini telah tampil dalam 900 perlawanan untuk Everton, Coleman masih lagi bek kanan pilihan No.1 Carlo Ancelotti.

Coleman kini berusia 32 tahun. Walaupun nama beliau tidaklah sehebat Dani Carvajal atau segah Trent Alexander-Arnold, 11 tahun beraksi bersama Everton adalah satu perkara yang luar biasa dengan nilai pemaburan sebegitu.

Cesar Azpilicueta

Marseille – Chelsea (£7 juta)

Pada musim 2012/13 perpindahan Cesar Azpiliciueta dianggap tidak menjadi, namun kita harus menyemak kembali perkara ini selepas 7 tahun beliau terus kekal di Stamford Bridge.

Azpilicueta pada mulanya dibawa masuk dari Marseille untuk menjadi pemain simpanan/sokongan kepada skuad utama. Namun hari ini beliau adalah salah seorang pemain paling versatile di England.

Bermula sebagai pemain di bek kanan, Azpilicueta kemudiannya turut memperagakan aksi di sebelah kiri dan bahagian tengah pertahanan.

Azpiliciueta kini adalah pemain paling lama berkhidtmat bersama Chelsea dan merupakan kapte kelab itu.

Eric Dier

Sporting Lisbon – Tottenham (£4.5 juta)

Eric Dier adalah salah seorang pemain terawal yang dibawa masuk oleh Tottenham pada era Mauricio Pochettino. Agak mengejutkan pemain kelahiran Inggeris itu memiliki klausa perpindahan rendah bernilai £4.5 juta dengan Sporting Lisbon.

Dibawa kembali ke England pada usia 20 tahun, Dier dianggap sebagai salah seorang pemain tengah bertahan muda terbaik.

Debut bersama Spurs, Dier menjaringkan gol dalam perlawanan menentang West Ham dari posisi bek kanan. Beliau turut beraksi sebagai pemain pertahanan tengah sebelum memainkan peranan di posisi asal di bahagian tengah.

Di bawah kendalian Mourinho, Dier kembali beraksi di posisi kegemarannya iaitu di bahagian pertahanan tengah.

Joe Gomez

Charlton – Liverpool (£3.5 juta)

Liverpool sering kali dianggap sebagai kelab yang bijak berbelanja. Ini termasuklah untuk pemain pertahanan, Joe Gomez yang dibawa dengan nilai £3.5 juta dari Charlton Atlhletic.

Gomez menyertai Liverpool pada usia 18 tahun pada 2015. Hanya dua musim bersama skuad simpanan Liverpool, Gomez tidak lagi memandang ke belakang setelah berjaya menambat hati Jurgen Klopp.

Hari ini Gomez baru sahaja mencecah usia 23 tahun, namun pemain ini sudah memiliki gelaran Champions League dan Liga Perdana Inggeris. Bergandingan dengan pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk hanya akan menambahbaik permainan beliau.

Maka tidak hairanlah mengapa Gomez menjadi pemain pilihan pertama Soutgate di bahagian pertahanan sekiranya cergas sepenuhnya.

Andy Robertson

Hull City – Liverpool (£7 juta)

Satu lagi penbelian berbaloi dari Liverpool apabila hanya perlu membayar £7 juta untuk mendapatkan Robertson dari Hull.

Dari panadangan mata kasar apabila anda membawa masuk seorang pemain pertahanan dari Scotland dari kelab yang tersingkir dari liga, ia tidak akan mengujakan mana-mana penyokong. Maka tidak hairan pada mulanya ramai yang melihat Robertson sebagai pemain back-up.

Namun sejak tiba di Anfield pada 2017, Robertson tidak perlu menunggu lama untuk menyingkirkan Alberto Moreno sebagai bek kiri pilihan pertama, dan pisisi tersebut menjadi milik beliau sehingga kini.

Kita semua tahu sumbangan Robertson bersama rakan sejawatnya di sebelah kiri untuk Liverpool sejak dua musim lalu.

Dele Alli

MK Dons – Tottenham (£5 juta)

Dele Alli dianggap sebagai pemain muda sensasi ketika baru tiba di utara London dan turut dilabel sebagai salah seorang pemain muda mengujakan ketika Spurs membawa masuk pemain itu.

Alli menyertai Tottenham dari MK Dons dengan nilai £5 juta dan pada musim penuh pertamanya telah menjaringka 10 gol untuk membantu Spurs bersaing dengan Leicester City untuk kejuaraan.

Musim berikutnya Alli terus menyinar dengan 22 gol, namun selepas itu konsistensi prestasi Alli mulai merudum. Tidak dapat dinafikan Allo perlu mengambil berat amaran yang diberikan oleh Mourinho sejak pengurus dari Portugal itu menyertai Spurs.

Joao Moutinho

Monaco – Wolves (£5 juta)

Sanggupkah anda membayar £5 juta untuk pemain berusia 32 tahun? Sudah tentu jika pemain itu sebaik Joao Mautinho.

Pemain veteran dari Portugal ini dianggap pemain yang sanggup bekerja keras dan rajin. Sejak tiba dari Monaco pada 2018, Wolves telah memanfaatkan pengamalan dan keyakinan dari pemain ini.

Selepas dua musim, Moutinho telah menghasilkan 14 assist untuk Wolves dan pada usia 34 tahun pada hari ini beliau masih lagi menjadi sandaran utama Nuno Espirito Santo di jentera tengah. Keberkesanan pemain ini membuatkan beliau turut masih mendapat panggilan dari skuad kendalian Portugal!

James Rodriguez

Real Madrid – Everton (Free)

Tidak banyak kelab yang menikmati tempoh jendela perpindahan yang danggap sempurna seperti Everton pada musim ini. Carlo Ancelotti dianggap berbelanja besar, namun perbelanjaan tersebut dilakukan dengan bijak dengan fokus untuk memperkasakan bahagian tengah.

Sejumlah £60 juta dibelanjakan untuk membina bahagian tengah yang baru, dan pemain seperti Allan dan Abdoulaye Doucouré telah memberikan impak segera yang dihaapkan.

Kejayaan membawa masuk pemain tengah 29 tahun dari Colombia, James Rodriguez untuk melengkapkan bahagian itu juga kini memberikan impak positif dengan Everton merekodkan 100% kemenangan pada musim ini untuk mendahului saingan Premier League.

Disisihkan oleh Bayern Munich dan Real Madrid, Rodriguez kini adalah nadi kepada kreativiti Everton.

Dominic Calvert-Lewin

Sheffield United – Everton: (£1.5juta)

Dalam pada itu, Calvert-Lewin yang menjaringkan gol pertamanya dalam debut bersama skuad kebangsaan England ketika menewaskan Wales 3-0 tempoh hari menerima anugerah pemain ternbaik bulanan Premier League pertamanya selepas menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan pada bulan September.

Pemain berusia 23 tahun itu merekodkan hatrik ketika Everton membelasah West Bromwich Albion 5-2. Pemain Everton terakhir yang memenangi anugerah tersebut adalah Romelu Lukaku pada Mac 2017.

Beliau menewaskan tujuh calon lain iaitu rakan sepasukannya, James Rodriguez, Patrick Bamford, Timothy Castagne, Harry Kane, Tariq Lamptey, Sadion Mane dan Jamie Vardy.

Dibawa masuk dengan nilai £1.5 juta dari Sheffield United, Calvert-Lewin akhirnya berjaya menampilkan potensi sebenarnya pada musim ini.

Jamie Vardy

Fleetwood Town – Leicester (£1 juta)

Merupakan nadi penting Leicester City yang mengejutkan dunia bola sepak apabila The Fox muncul juara Premier League beberapa musim lalu, Jamie Vardy telah menjadi pemain tertua untuk memenangi anugerah Kasut Emas Premier League selepas menamatkan musim dengan 23 gol pada musim lalu.

Persaingan merebut Kasut Emas Premier League 2019/20 berakhir dengan Jamie Vardy berjaya menewaskan persaingan daripada penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan Danny Ings (Southampton), dibezakan dengan hanya satu gol.

Prestasi tersebut turut dibawa oleh Vardy ke musim ini yang telah menjaringkan 6 gol untuk membantu Leicester mendudukit tangga ke-8 dari enam perlawanan yang dilalui setakat ini.

Penutup

Pernahkah senarai pemain di atas memberikan alasan habis nafas punca menyebabkan lawan mendapatkan penalti?

Tidak rasanya. Pogba oh Pogba. Gaya rambut mu sahaja terlebih gaya.

 

Sumber: Daily Mail

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.