XI ‘Free Agent’ Terbaik Yang Masih Boleh Diburu Kelab Premier League

Jendela perpindahan di England sudah pun ditutup. Namun jika ada keperluan untuk mendapatkan pemain pada poisi tertentu, kelab-kelab ini masih boleh berbuat demikian dengan memancing pemain-pemain berstatus free agent (ejen bebas).

Berikut adalah kesebelasan utama terbaik ejen bebas – dari penjaga gol sehingga kepada pemain penyerang – yang masih boleh didapati di pasaran, dengan pelbagai pengalaman beraksi di England dan juga eropah.

Penjaga gol: Danijel Subasic

Semalam kami menyenaraikan 4 penjaga gol berstatus free agent, namun Danijel Subasic berada di kedudukan teratas dari kalangan mereka.

Bekas penjaga gol Croatia ini beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dan meninggalkan Monaco pada Julai lalu setelah bersama kelab Perancis itu selama 8 tahun.

Pernah memenangi kejuaraan Ligue 2 dan Ligue 1 sepanjang tempoh itu, Subasic adalah pemain yang sesuai untuk mana-mana kelab mahukan seorang penjaga gol berpengalaman seperti Liverpool.

Bek kanan: Nathaniel Clyne

Mana-mana kelab yang masih mengimpikan khidmat Clyne untuk musim ini perlu melakukannya segera kerana Crystal Palace tampak mendahului dalam mendatangkan bekas bek England ini.

Clyne yang tanpa kelab telah berlatih bersama Palace selama beberapa minggu yang lalu untuk mengekalkan kecergasannya.

Dengan kecederaan yang menimpa Nathan Ferguson dan proses pemulihan yang panjang perlu dilalui itu, Clyne seperti sudah bersedia sebagai pengganti.

Bek tengah: Ezequiel Garay

Pemain pertahanan tengah dari Argentina ini adalah seorang ejen bebas, dan Manchester United dikhabarkan berminat dengan prospek membawa pemain itu ke Old Trafford untuk penyelesaian sementara di posisi itu.

Ia bukan kali pertama Garay dikaitkan dengan Manchester United, tetapi adakah ianya benar-benar akan berlaku kali ini? Berusia 33 tahun, Garay tidak beraksi sejak Februari lalu akibat kecederaan lutut,

Everton, Benfica dan Real Sociedad juga merupakan antara kelab yang turut dikaitkan dengan bekas bintang being Real Madrid ini.

Bek tengah: Jozo Simunovic

Pemain berusia 25 itu bergelar ejen bebas selepas Celtic memilih untuk tidak menyambung pilihan sambungan setahun contrak pemain tersebut.

Simunovic bergelut dengan kecederaan di Parkhead. Ketika cergas, Simunovic adalah bek tengah pilihan pertama Brendan Rodgers dan juga Neil Lennon.

Bek kiri: Gael Cichy

Bekas bek kiri Manchester City ini sepertinya sukar untuk mendapatkan kelab baharu selepas dilihat menyertai latihan kelab divisyen lima Perancis, Thonan Evian.

Tampil dalam 45 perlawanan untuk membantu Istanbul Basaksehir muncul juara Turki pada musim lalu, Clichy memberi indikasi dirinya masih ada sesuatu untuk ditawarkan walaupun pada usia 35 tahun.

Pemain tengah: Jack Wilshere

West Ham dan Wilshere mencapai kata sepakat untuk mengikut haluan masing-masing minggu ini dan menamatkan baki kontrak sedia ada dengan persetujuan bersama.

Dibayar £100,000 seminggu, Wilshere hanya tampil dalam 16 perlawanan Premier League.

Pada usia baru mencecah 28 tahun, masih ramai pengurus mahukan khidmat pemain ini.

Steven Gerrard di Rangers adalah salah seorang daripadanya yang mengintai khidmat Wilshere.

Pemain tengah: Steven Defour

Pernah dianggap bakal menjadi pemain bintang oleh Sir Alex Ferguson, Defour kini bergelar ejen bebas selepas meninggalkan Royal Antwerp.

Merupakan bekas pemain antarabangsa Belgium, Defour turut pernah menampilkan bakatnya bersama Burnley di bawah kendalian Sean Dyche.

Pemain berusia 32 tahun itu kini menjalani lathan bersama Mechelen selepas perpindahan ke Turki gagal direalisasikan.

Pemain tengah serangan: Alen Halilovic

Bakat yang dimiliki oleh Halilovic menyebabkan beliau pernah digelar sebagai ‘Messi Croatia’. Pemain ini pernah berada di dalams satu pasukan dengan Messi, namun hanya tampil dalam 1 perlawanan kompetitif untuk Barcelona.

Beliau kemudiannya meninggalkan Nou Camp untuk ke Dinamo Zagreb pada usia 17 tahun. Halilovic kemudiannya turut pernah menyertai Sporting Gijon, Hamburg, Las Palmas, AC Milan, Standard Leige dan Heerenveen.

Kontrak beliau bersama AC Milan ditamatkan secara persetujuan bersama pada minggu ini dengan harapan reputasi lalu membenarkan beliau memikat kelab baharu.

Pemain tengah serangan: Shinji Kagawa

Shinji Kagawa bergelar pemain ejen bebas selepas kontrak beliau bersama Real Zaragoza ditamatkan atas persetujuan bersama. Kontrak Kagawa bersama kelab Sepanyol itu sebenarnya masih mempunyai baki setahun.

Kagawa kelihatan kurang gembira bagaimana segalanya berakhir dengan Zaragoza.

“Jujurnya ia bukan apa yang saya mahukan. Saya kesal kerana terpaksa pergi tanpa dijangka,” ujar pemain itu. Laporan dari Sepanyol berkata pemain itu sedang menilai prospek untuk menyertai kelab divisyen 2 Sepanyol, Sabadell.

Penyerang: Daniel Sturridge

Pemain berusia 31 tahun ini kini sedang giat membentuk kecergasan bersama kelab divisyen ke-8 Liga Inggeris, Kidsgrove Ahletic selepas dibebaskan oleh Trabzonspor berikutan hukuman gantung 4 bulan dari sebarang perlawanan bola sepak disebabkan kesalahan berjudi.

Hukuman tersebut kini sudah pun selesai dan bekas penyerang sensasi Liverpool ini kini bersedia untuk kembali mengegarkan Premier League.

Menurut laporan media di UK, Sheffield United, Crystal Palace dan Aston Villa semuanya sedang mengikuti perkembangan Sturridge. Telah menjaringkan 7 gold dari 16 penampilan untuk Trabzonspor pada musim lalu, Sturridge mungkin boleh menjadi pelaburan yang berbaloi.

Penyerang: Mario Mandzukic

Selepas beraksi di Dubai buat seketika, pemain yang pernah dikaitkan dengan Manchester United ini kini kembali ke Eropah untuk mencari kelab baharu.

Dianggap penyerng berprofil tinggi, Fenerbahce, Besiktas, Lokomotiv Moscow, Inter Milan, Benevento, Fioretina dan Hellas Verona dikatakan antara kelab yang berminat untuk mendapatkan penyerang berpengalaman berusia 34 tahun ini.

Penutup

Pemain manakah yang wajar dikejar oleh kelab kesayangan anda? Atau adakah anda mempunyai senarai lain yang mahu dimasukkan di dalam kesebelasan terbaik ejen bebas ini?

Kongsikan dengan kami. Kami mahu mendengarnya daripada anda.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.