Arsenal sekali lagi keciciran mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Namun lebih mengecewakan ianya berhadapan dengan Watford, perlawanan yang dianggap harus menang.
Watford adalah pasukan yang berada di tangga tercorot liga. Mereka baru memecat jurulatih dan melantik semula Quique Sanchez Flores.
Arsenal bermula garang dan mendahului 2 gol pada separuh masa pertama. Namun segalanya serba tak kena buang skuad Sang Meriam pada separuh masa kedua.
Sokratis melakukan kesilapan ketika build up dan membuatkan Arsenal bolos menerusi gol, bekas pemain Manchester United, Tom Cleverley.
Separuh masa kedua ibarat neraka buat Arsenal. Mereka diuji 23 kali oleh Watford.
31 – Arsenal faced 31 shots in their 2-2 draw against Watford, the most they have ever faced in a @premierleague fixture since Opta began collecting such data in the division in 2003-04. Barrage. pic.twitter.com/v6HET8uuEx
— OptaJoe (@OptaJoe) September 15, 2019
Gol kedua Watford hadir menerusi sepakan penalti oleh Roberto Pereyra. Penalti tersebut diberikan pengadil selepas David Luiz menjatuhkan pemain lawan.
Kapten Arsenal, Granit Xhaka berkata, Watford telah membuatkan Arsenal kecut dan beraksi penuh ketakutan pada separuh masa kedua.
Jadi, Xhaka berpandangan, Arsenal harus gembira dengan 1 mata yang dibawa pulang dari tempat lawan.
“Separuh masa pertama, kami menuju bilik persalinan dalam keadaan segalanya baik-baik sahaja. Semua orang gembira.”
“Namun segalanya berubah pada separuh masa kedua. Kami bermain teruk sekali. Anda boleh katakan bahawa, kami gembira membawa pulang 1 mata.”
Granit Xhaka admits Arsenal looked scared against Watford
Report: https://t.co/nxbJ70N5Q1 pic.twitter.com/jxnjQCi6xv
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) September 15, 2019
“Kami takut pada separuh masa kedua. Kami tahu mereka akan mengejar kami dan cuba memberikan kami tekanan.”
“Kami seharusnya lebih berkarakter, dan bukannya takut. Perkara ini sudah kami bincangkan.”
Penjaring 2 gol Arsenal, Aubameyang pula merasakan pasukannya seolah-olah memberikan 2 gol kepada lawan dengan terlalu mudah.
Keputusan seri ini membuatkan Arsenal gagal untuk berada dalam kelompok 4 teratas. Mereka kini berada di tangga ke-7.