Bagi korang yang meminati eSukan. Ini ada berita baik. Selepas Sony mengesahkan PS5 akan dijual pada tahun, hadapan, semalam Xbox mengumumkan siri terbaru mereka juga dijual pada tahun hadapan.
Microsoft sudah pun melancarkan siri terbaru Xbox iaitu Xbox Series X. Dan ianya akan mulai dijual pada tahun hadapan 2020 pada musim cuti.
Kali ini Xbox tampil dengan rekaan yang agak kontroversi di mata gamers. Di mana rekaannya mirip kepada sebuah PC (private computer).
Walaupun rekaannya seperti PC, pihak Xbox menyatakan mereka ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Chief kepada Xbox iaitu Phil Spener menyatakan: “Rekaan terbaru Series X membolehkan Microsoft memampatkan lagi kuasa pemprosesan sehingga 4 kali ganda daripada apa yang dimiliki Xbox One X.”
Beliau juga memberikan jaminan bahawa tahap kesenyapan Xbox Series X ini sangat senyap. Dan lebih senyap daripada Xbox One X.
Dari segi ventilasi, ianya memiliki kipas yang efisien menolak udara menerusi corong ke atas. Sebab itu rekaannya yang seperti PC itu lebih memberikan banyak manfaat.
Selain itu, pihak Microsoft juga mengesahkan bahawa Xbox Series X boleh memainkan visual 4K pada bingkai 60fps sehingga 120fps. Satu kuasa yang sangat tinggi dan boleh guna untuk tempoh sangat lama.
Variable refresh rate untuk Xbox Series X boleh menampung kapasiti 8K. Xbox juga mengesahkan siri terbaru ini akan memiliki kecekapan dalam pembacaan sofware dan prestasi harware yang sangat tinggi.
Xbox Series X has been revealed.
-New box design: vertical/horizontal orientation
-4x more processing power
-4k at 60fps and up to 120fps
-Raytracing support
-8K support
-Storage: SSD
-New Wireless ControllerRelease date: Holiday, 2020 pic.twitter.com/W5DD2kfdY0
— Konyinsola Osinubi (@KJOSVideos) December 13, 2019
Bagi controller, anda boleh menggunakan controller yang lama. Namun untuk controller yang baharu, ianya kecil dan mirip kepada Dualshock 4.
Ini merupakan spesifikasi untuk Xbox Series X:
- CPU: 8-core targeting around 3.5 GHz.
- GPU: Xbox Series X GPU and custom processor.
- Compute Power: 12 TFLOPS.
- RAM: 13 GB for games, 3 GB for operating system (16 GB total).
- Storage: Custom non-volatile memory express solid-state storage (NVMe SSD).
- CPU: 2.3 GHz AMD-customized Jaguar Evolved (8-core).
- GPU: 1172 MHz AMD-customized UC RX 580.
- Compute power: 6 TFLOPS.
- RAM: 12 GB GDDR5.
- Storage: 1TB HDD.
Microsoft mengesahkan fokus mereka kali ini adalah untuk memastikan Siri X ini dapat memberikan pengalaman maksimum kepada para games.
Spencer menganggap tindakan mereka kali ini bukan semata-mata kerana panik dengan para pesaing. Spencer berkata: “Matlamat kami adalah sentiasa konsisten iaitu untuk membina satu konsol yang sangat berkuasa tinggi, yang kami mampu, dan rasanya kami sudah melakukannya.”
Beliau yakin dengan Xbox Series X ini, pihak Xbox dan Microsoft kini merupakan penanda aras baharu dalam dunia konsol permainan digital.
“Dan kini saya tidak perlu risau lagi dengan persoalan: ‘Siapa yang nak beli Xbox’.” tambah beliau lagi
Bagi penggemar konsol permainan Xbox, anda dah boleh mulai menabung mulai dari sekarang. Kerana ianya memang sah akan dijual pada tahun hadapan untuk anda miliki.