Xavi kemungkinan akan dilantik menjadi pengurus Barcelona yang baru bermula musim hadapan. Hal ini kerana laporan dari media Sepanyol mengesahkan bahawa beliau sudah bersetuju untuk mengambil alih tempat Quique Setien di sana.
Keadaan di Barcelona berada dalam situasi yang tidak bagus sekarang, baru-baru ini mereka telah keciciran mata dalam saingan La Liga dan dipintas oleh seteru utama, Real Madrid.
Pada Khamis lalu, terdapat juga khabar angin yang mendakwa bahawa Lionel Messi sudah bersedia untuk meninggalkan kelab selepas tamat musim hadapan.
❗Xavi reached an agreement with Bartomeu to take over as head coach at the end of the season with strong support from the team. Quique Setien would finish the season or Garcia Pimienta would take over until after the Champions League campaign. pic.twitter.com/5XFtjkPrz4
— FC Barcelona Fans Nation (@fcbfn10) July 3, 2020
Walau bagaimanapun, kelab sudah menyiapkan langkah untuk terus cuba memujuk Messi supaya kekal di Nou Camp dan menamatkan kariernya di sini.
Menurut sumber laporan dari Mundo Deportivo, Xavi sudah bersetuju untuk mengambil alih kelab pada musim hadapan bagi menggantikan pengurus sedia ada Quique Setien.
Aguilar telah memuat naik status di laman twitter dan menyatakan bahawa bekas pemain midfield Barcelona,Xavi tidak akan mengambil alih kelab selagi saingan Liga Juara-juara musim ini tidak berakhir.
Xavi tidak mahu menerima tawaran sebagai pengurus selagi saingan liga Juara-juara tidak berakhir pada Ogos nanti tetapi secara dasarnya kedua-dua pihak sudah ada kesepakatan dalam perjanjian.
🚨 — Reliable sources in Qatar have reported that Xavi has accepted to coach Barcelona next season. He will only coach them after the end of this season and after this season's UCL campaign, no matter what. [@FApor_elmundo] pic.twitter.com/8aB3q5bATx
— Barça Universal (@BarcaUniversal) July 2, 2020
En el acuerdo entre el Barça y Xavi para que entrene al club azulgrana a partir de la próxima temporada, habría tenido un gran peso las llamadas de varios componentes importantes de la plantilla pidiéndole a Xavi que diera el paso, que contaba con todo su apoyo.
— Francesc Aguilar (@FApor_elmundo) July 3, 2020
Dalam laporan sama turut menyatakan bahawa Messi mungkin akan meninggalkan kelab kerana banyak usaha dari pengurus sekarang yang serba tidak menjadi.
Laporan sama juga mendedahkan bahawa Messi sebenarnya mahukan Xavi atau Ronald Koeman menjadi pengurus Barcelona selepas ini.
Melihat kepada bekas rakan sepasukan beliau yang banyak menyumbang assist kepadanya, Xavi bakal menjadi pengurus pasukan, hal ini mungkin menyebabkan Lionel Messi bakal terus bersama kelab dan tidak akan ke mana-mana.
Baru-baru ini juga, bekas pemain midfield Sepanyol itu turut bercakap tentang kebarangkalian beliau akan kembali ke Nou Camp kepada SPORT.
“Harapan terbesar yang saya ada sekarang adalah menjadi pengurus Barca dan membawa Barcelona kembali garang seperti dulu.”
🚨 — Reliable sources in Qatar have reported that Xavi has accepted to coach Barcelona next season. He will only coach them after the end of this season and after this season's UCL campaign, no matter what. [@FApor_elmundo] pic.twitter.com/8aB3q5bATx
— Barça Universal (@BarcaUniversal) July 2, 2020
Jelas pengurus Al-Sadd kepada SPORT.
“Bukan saya tetapi untuk semua pemain dan kejayaan Barcelona sendiri. Lihat sahaja pegawai teknikal dan semua staff yang ada, mereka bekerja keras dan mahu lakukan yang terbaik untuk kelab, itu yang membuatkan kami sangat teruja.”
❗Messi wants to know who the next president will be and what his project is. Leo also wants to know who the manager will be, Xavi or Koeman until then he will not renew his contract. [SER]
Operation BartomeuOUT 👍 pic.twitter.com/sIm4T0SOGg
— FC Barcelona Fans Nation (@fcbfn10) July 3, 2020
“Saya sangat sayang dan cintakan kelab. Saya tidak kesah untuk kembali pada bila-bila masa walaupun terpaksa bermula dari kosong semula.”
“Saya sudah cakap berkali-kali, saya mahu meneruskan karier pengurusan bersama pasukan kesayangan saya, Barcelona.”