Xavi Selamatkan Karier Eto’o Di Nou Camp

Samuel Eto’o tampil mengucapkan terima kasih kepada Xavi Hernandez yang menyelamatkan kariernya di Barcelona. Xavi sebelum ini mendedahkan beliau meyakinkan Pep Guardiola untuk tidak menjual Eto’o pada 2008.

Selepas Guardiola tiba sebagai pengganti Frank Rijkaard pada 2008, Eto’o merupakan salah seorang pemain yang berada dalam senarai untuk dijual. Namun, Xavi meyakinkan Guardiola untuk mengekalkan Eto’o.

“Ya, nasib baik anda meminta [Guardiola] agar saya bertahan. Terima kasih atas untuk itu,” tulis Eto’o kepada Xavi melalui Instagram.

Usaha Xavi meminta Guardiola mengekalkan Eto’o juga tidak sia-sia. Pada musim pertamanya bersama Barcelona, Guardiola terus menjuarai treble.

“Nasib baik anda bertahan, karena anda hampir pergi. Kami harus meyakinkan Guardiola agar anda dikekalkan, karena anda adalah penjaring utama pasukan. Pada akhirnya itu keputusan terbaik yang telah dihasilkan,” kata Xavi.

Eto’o tampil sebagai penjaring kedua terbanyak Barcelona pada musim 2008/2009 dengan jumlah 36 gol – kurang dua gol dari Lionel Messi.

Penyerang berasal dari Cameroon itu kemudian ditukar dengan Zlatan Ibrahimovic pada 2009 dan turut berjaya meraih treble bersama Inter Milan pada musim 2009/2010.

Xavi juga tidak bersetuju dengan khabar angin mengenai sikap buruk Eto’o di luar padang yang menyebabkan Guardiola mahu menjual pemain itu.

“Jika ada orang yang berkata buruk tentang dirimu, anda harus berhadapan dengan mereka.

“Saya boleh sahaja berkata hal buruk tentang Samuel Eto’o, tetapi pada akhirnya anda harus mengenal dia secara langsung. Tetap bertuah beliau kekal, kerana kami memenangi semuanya,” ucap Xavi.

Eto’o hingga kini masih merupakan sebagai satu-satunya pemain yang mampu memenangi treble pada dua musim berturut-turut bersama dua kelab berbeza.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.