WWE: Permainan Minda ‘The Fiend’ Dan Randy Orton Menarik Perhatian Peminat

Acara Monday Night RAW sebelum bermulanya TLC 2020 memperlihatkan Bray Wyatt tampil di atas gelanggang bersama rakan-rakan Firefly Fun House beliau.

Wyatt tampil dan membuat persembahan sambil memerli bekas Juara Dunia WWE sebanyak 14 kali, Randy Orton di atas gelanggang, dengan membuat lawak yang hanya beliau sendiri sahaja faham.

Randy Orton kemudian muncul di skrin besar dan memulakan ucapannya dengan mengakui bahawa The Fiend sememangnya lebih baik dari beliau pada minggu sebelum itu.

Namun beliau menegaskan, bahawa ianya tidak akan berulang ketika dalam aksi perlawanan antara mereka di acara TLC hujung minggu ini.

Beliau kemudiannya menawarkan Bray Wyatt untuk bermain permainan sembunyi-sembunyi dengannya dan tawaran beliau diterima oleh The Fiend yang terus bergerak ke belakang pentas untuk mencarinya.

Bray Wyatt kemudiannya bertembung dengan Riddle dan R-Truth lalu mencipta satu segmen yang agak menghiburkan sebelum bertemu dengan kerusi miliknya dalam satu bilik kosong yang gelap.

Selepas Bray Wyatt duduk di atas kerusi itu, Randy Orton telah menyerangnya dari belakang. Orton memukul Wyatt sebelum menyumbatnya dalam sebuah kotak.

The Viper kemudiannya mencurahkan gasoline keseluruh kotak tersebut lalu beliau terus menyalakan api.

Ianya seolah sama seperti kejadian ketika beliau membakar rumah The Wyatt Family pada tahun 2017 yang lalu.

Randy Orton kemudiannya melihat sahaja kotak itu terbakar sebelum ianya terbuka dan The Fiend muncul lalu terus menyerangnya.

Segmen itu berakhir dengan Randy Orton pengsan manakala The Fiend pula melihat kamera sambil ketawa seperti orang gila.

Selepas berminggu-minggu bermain permainan minda, Randy Orton dan ‘The Fiend’ Bray Wyatt akan dipertemukan satu lawan satu di acara TLC 2020 hujung minggu ini.

Randy Orton dan Bray Wyatt pada tahun 2016 yang lalu telah berkongsi kisah yang sangat hebat, yang mana the Viper pada ketika itu menyertai Bray dalam pakatan Wyatt Family.

The Viper sertai pakatan itu semata-mata untuk menghidupkan Bray dan menewaskan beliau untuk merebut sabuk Kejuaraan Dunia WWE di acara WrestleMania 33.

Untuk tempoh beberapa minggu terakhir ini, The Fiend dilihat lebih bagus berbanding Randy dan beliau sepertinya bakal menang mudah dalam perlawanan akan datang nanti.

Sangat menarik untuk dilihat apakah rancangan yang bakal dilaksanakan oleh Orton dalam usahanya untuk menewaskan The Fiend hujung minggu nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.