The Undertaker adalah antara karakter paling ikonik WWE, tetapi masa akan menentukan bilakah watak Undertaker akan meninggalkan WWE.
Mark Calaway kini berusia 55 tahun. Karier beliau dalam arena gusti telah melalui lebih dari tempoh tiga dekad.
Ia perkara biasa bagi seorang legenda WWE seperti beliau untuk berfikir mengenai persaraan.
Lagipun keadaan fizikal beliau turut dipersoalkan ramai sejak beberapa tahun yang lalu.
Ramapi berpendapat Taker akan bersara di WrestleMania 33 apabila beliau meninggalkan topi dan kot di tengah gelanggang selepas menewaskan Roman Reigns.
#WWE superstar #TheUndertaker detailed his plans for WWE #retirement. Find out! https://t.co/cXamyXts0O
— Pinkvilla (@pinkvilla) May 14, 2020
Tetapi tiga tahun selepas itu beliau masih lagi beraksi menentang nama-nama besar sukan itu.
Calaway pernah berkata di ‘Undertaker: The Last Ride’ bahawa beliau menyampah dengan aksinya dalam perlawanan tersebut, menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk terus berlawan.
Dan jika beliau benar-benar mahu bersara – ia perlu sesuai dengan karakter sebenar beliau.
Bercakap kepada People.com, Calaway berkata:
“Apabila anda melihat Undertaker yang old school, ia bukan karakter yang akan dayang ke gelanggang dan berkata, ‘Terima kasih kerana bersama saya selama lebih 30 tahun. Ia adalah karier yang hebat. Saya mahu berterima…’
“Itu bukan apa yang akan dlakukan jika anda mengetahui karakter sebenar dan apa yang orang mahu lihat.
What if the Undertaker announces his official retirement on #RAW25 ? pic.twitter.com/YM8MZbbPmE
— WWE Headlines (@WWEHeadlinesIN) January 16, 2018
“Saya melalui karier yang hebat. Saya diberkati untuk melalui semua ini, malah melebihi jangkaan saya ketika mula-mula terlibat dahulu.
“Tetapi, saya seperti mahu pengakhiran seperti John Elway, tahu tak? John Elway berakhir selepas memenangi beberapa Super Bowls.
“Aray Peyton Manning. Beliau menang Super Bowl, kemudian bersara.
“Apabila saya melihat kembali, saya mahukan perlawanan seperti itu. Dan perlawanan sepert,’Oh yeah, saya masih mampu. Saya masih ada gas di dalam tank. Saya telah mengoyakkannya. Sekarang masa untuk pergi.”
Tidak ada seorang pun dalam industri tidak kagum dengan karier yang dilalui oleh Undertaker di WWE sehingga kini. Sejak beberapa musim lalum beliau melalui beberapa perlawanan yang teruk dan akibatnya hanya menyakitkan dirinya sendiri.
Kita tidak akan tahu perlawanan manakah yang akan menjadi terakhir buat Si Undertaker – mungkin Calaway sendiri pun tidak tahu. Apabila saatnya tiba, ia pasti akan menjadi pengakhiran yang epik untuk satu karier yang ikonik.