Willian sah akan meninggalkan Chelsea pada jendela perpindahan akan datang setelah pemain sayap itu memuat naik satu surat terbuka kepada penyokong The Blues di Twitter.
Pemain dari Brazil itu memutuskan untuk meninggalkan Stamford Bridge selepas tujuh musim yang dianggap berjaya di mana beliau telah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga dan juga Europa League.
Pemain berusia 32 tahun itu melakukan 339 penampilan sepanjang tempoh itu, tetapi memutuskan untuk meninggalkan Chelsea setelah kedua-dua pihak gagal menemui titik persetujuan dalam rundingan sambungan kontrak.
A OPEN LETTER TO THE FANS OF @ChelseaFC pic.twitter.com/ZUUEfwnx5d
— Willian (@willianborges88) August 9, 2020
“Ia adalah tujuh musim yang hebat. Pada Ogos 2013 ketika menerima tawaran daripada Chelsea, saya amat yakin bahawa di sinilah saya harus bermain,” tulis Willian.
“Namun pada hari ini, ini adalah keputusan terbaik. Ada banyak hari yang dipenuhi kegembiraan, adakalanya sedih, dan ada banyak trofi dimenangi walaupun ia sangat tegang.
“Melangkaui setiap trofi yang dimenangi, saya belajar banyak mengenai diri saya. Saya menbangun dan menjadi pemain dan manusia yang lebih bagus.
Willian approved also by Arteta. Just a matter of time and he'll until 2023 – confirmed.
Thomas: Atlético told again… release clause (€50M) or he'll stay.
Aubameyang contract extension: Arsenal are "confident", if Barça will not come back for Auba he's going to stay.⚪️🔴 #AFC— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 7, 2020
“Pada setiap sesi latihan, setiap perlawanan dan setiap minit berada di bilik persalinan, saya sentiasa belajar.
“Saya turut bersyukur terhadap penyokong Chelsea yang menunjukkan kasih sayang dan mengalu-alukan saya di Stamford Bridge, dan sokongan mereka sepanjang saya berada di kelab ini.
“Ada kritikan, tetapi itu adalah perkara normal. Apa yang penting ialah kasih sayang dan kritikan itu membuatkan saya memberikan sehabis baik pada setiap sesi latihan, setiap perlawanan, untuk membangun secara konsisten sehingga ke hari-hari terakhir saya menyarung jersi Chelsea.
Willian has confirmed he is leaving Chelsea, with Arsenal close to completing his signing on a three-year deal.
Full story…👇
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 9, 2020
“Kini tibanya untuk berjalan ke hadapan. Saya pasti akan merindui rakan sepasukan di sini. Saya akan merindui kakitangan di kelab ini yang melayan saya seperti seorang anak, dan sudah tentu akan merindui penyokong.
“Ucapan penghargaan dari lubuk hati terdapam daripada saya untuk anda semua. Tuhan Memberkati!”
Willian dijangka akan menyertai Arsenal secara percuma selepas ini. The Gunners difahamkan akan menawarkan £100,000 seminggu untuk khidmat pemain itu.