West Ham Perlu Sediakan Dana Yang Sangat Besar Untuk Menandatangani Lingard Secara Tetap

Bintang yang sedang dalam rentak persembahan terbaiknya, Jesse Lingard bakal ditandatangani oleh West Ham secara tetap dari Manchester United dengan yuran perpindahan bernilai £60 juta.

West Ham dilaporkan berkemungkinan perlu menyediakan dana sebesar itu untuk menandatangani Lingard pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Ia menurut bekas pemilik Crystal Palace, Simon Jordan yang tidak nampak West Ham bakal mendapatkan Lingard dengan mudah dan murah dari Manchester United.

Lingard berjaya mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya sejak menyertai The Hammers pada Januari lalu menerusi perjanjian pinjaman sehingga akhir musim ini.

Pemain kebangsaan England yang kini berusia 28 tahun itu telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh luar biasa hebat ketika bertemu Wolves kemarin.

Beliau merupakan pemain paling bersinar ketika membantu The Hammers menundukkan Wolves 3-2 di Molineux Stadium itu.

Lingard membuka tirai jaringan untuk West Ham dan turut mencatatkan satu assists beserta turut menjadi pencetus kepada satu lagi gol, secara tak langsung, beliau terlibat dalam kesemua tiga gol yang dijaringkan oleh The Hammers dalam perlawanan tersebut.

Pemain pinjaman dari United itu turut berjaya memukau peminat setan merah selepas mempamerkan skill yang pernah dilakukan oleh Dimitar Berbatov satu masa dahulu.

Perjanjian pinjaman Lingard ke West Ham tidak disertakan dengan pilihan pembelian tetap dan kontrak semasanya bersama kelab akan berakhir pada jendela perpindahan musim panas tahun 2022.

Jordan menegaskan bahawa United akan meletakkan tanda harga yang tinggi untuk pemain mereka itu, walaupun kontraknya akan tamat pada musim panas akan datang.

Sebagai langkah alternatif, Jordan merasakan bahawa United akan berusaha untuk memberikan kontrak terbaru kepada Lingard dalam usaha untuk mempertahankan pemain itu dari dilepaskan secara percuma.

Jordan dalam temu bual bersama talkSPORT telah mendedahkan:

“Tidak ada peluang (West Ham menandatangani Lingard).”

“Kerana saya cuma tak nampak akan ada kemungkinan untuk mereka mendapat Lingard atau West Ham boleh mendapatkan Lingard dengan nilai yang rendah, kerana apa yang sudah dicapai oleh West Ham ketika ini telah menaikkan lagi nilai pasaran dia.”

“Kedudukan West Ham ketika ini menyebabkan mereka memerlukan pemain seperti Lingard, dan hasilnya, pasaran semasa Lingard turut meningkat”

Jordan kemudian menyatakan bahawa angka paling rendah untuk West Ham mendapatkan Jesse Lingard adalah bernilai £30 juta atau £40 juta.

Penyampai talkSPORT itu kemudiannya menambah lagi:

“Ya baik lah. Jadi Man Utd akan kata, itu bagus. Kamu boleh pergi ke sana andai mereka bayar £60 juta. Itu akan menamatkan perbualan.”

“Dan mungkin ia akan memerlukan dana bernilai £30 juta ke £40 juta. Atau mungkin Manchester United akan membuat rundingan dengan Lingard dan menawarkan kontrak jangka panjang bersamanya dalam usaha untuk menjaganya.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.