Wesley Sneijder Anggap Beliau Lebih Hebat Dari Messi Dan Cristiano Ronaldo

Wesley Sneijder telah mendakwa bahawa beliau mungkin boleh menjadi salah seorang pemain terhebat sehebat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Namun beliau tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut dan lebih memilih untuk hidup santai sambil meminum wine.

Sneijder mungkin boleh mendakwa bahawa dirinya adalah pemain terbaik dunia pada tahun 2010 selepas peroleh pelbagai kejayaan ketika itu.

Beliau pada ketika itu merupakan salah seorang nadi penting dalam skuad kendalian Jose Mourinho untuk memenangi gelaran treble dan membantu Netherlands mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010.

Namun sayangnya pemain midfield Belanda itu gagal untuk memenangi gelaran ballon d’or pada ketika itu sebaliknya sekadar berada dikedudukan keempat dibelakang trio Barcelona, Lionel Messi, Andres Iniesta dan Xavi.

Sneijder turut percaya bahawa beliau sudah cukup hebat untuk dibandingkan dengan bintang Argentina, Messi dan seterunya Cristiano Ronaldo.

Beliau juga menganggap bahawa dirinya mungkin boleh menjadi lebih hebat lagi berbanding dua pemain handalan itu sekiranya beliau tidak terlalu berfoya-foya dalam kehidupannya.

“Saya mungkin akan menjadi seperti Messi atau Ronaldo. Tetapi saya tidak begitu berminat untuk itu.”

Jelasnya kepada Gianluca di Marzio.

“Saya bahagia dengan hidup saya, mungkin saya boleh menikmati secawan wine untuk makan malam saya, mereka pula telah terlalu banyak bekorban.”

“Dan ianya baik-baik saja untuk saya, karier saya terutamanya masih lagi mengagumkan.”

Bintang belanda itu tidak salah untuk mengatakan bertapa hebatnya karier beliau. Musim 2009/10 jelas sekali musim terbaiknya dengan membantu Inter Milan menjuarai Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-juara.

Selepas menikmati kejayaan treble bersama Inter Milan, Sneijder kemudian mempamerkan aksi cemerlang membantu Netherlands untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Beliau menjadi pemain penting dalam perlawanan akhir yang dianggap perlawanan akhir paling kontroversi dalam sejarah Piala Dunia.

Sepanjang kariernya, Sneijder turut berjaya memenangi gelaran Eredivisie, La Liga dan Super Lig titles bersama Ajax, Real Madrid dan Galatasaray secara berturut-turut.

Wesley Sneijder turut berjaya memenangi Silver boot dan anugerah bola gangga dalam saingan Piala Dunia pada tahun 2010.

Bercakap tentang pasukan Inter Milan sekarang, legenda berusia 36 tahun yang bersara pada tahun lalu itu sangat berminat kepada Christian Eriksen.

Beliau juga yakin dan percaya bahawa bekas pemain Tottenham Hotspur itu bakal membawa perubahan yang sangat besar untuk skuad kendalian Antonio Conte itu.

“Conte mempunyai skuad yang besar. Dengan adanya Eriksen dalam pasukan, beliau mungkin boleh mengubah kualiti kelab ke arah lebih baik.”

“Christian beraksi cemerlang bersama Ajax, kemudian bersama Tottenham dan kini beliau sudah menstabilkan kariernya di Itali.”

“Dia mempunyai kualiti yang sungguh baik, dengan karakter yang beliau miliki, mudah untuk beliau menjadi salah seorang ketua untuk pemain lain di masa kini.”

Christian Eriksen juga berfikir bahawa Lautaro Martinez seharusnya kekal di San Siro buat masa ini, dengan menyatakan:

“Sangat kuat, bagi saya dia harus kekal di Itali. Dia mungkin akan menjadi salah seorang pemain terbaik, tapi pertama sekali, beliau harus memenangi sesuatu bersama Inter. Ianya tidak menjadi masalah sekiranya dia mahu perubahan, bahkan dia bebas untuk melakukan apa sahaja.”

“Tetapi beliau harus terus kekal di sini untuk menjadi salah seorang pemain terhebat dunia suatu hari nanti.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.