Watzke: Aubameyang Ke Arsenal Kerana Duit, Tetapi Setiap Rabu Dia Berduka Tengok UCL Depan TV

Keputusan Pierre-Emerick Aubameyang menyertai Arsenal pada 2018 telah menimbulkan persoalan kepada CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke.

Menurut Watzke, Aubameyang telah mensia-siakan masa-masa terbaik beliau dengan menyertai pasukan Arsenal berbanding dengan Borussia Dortmund. Kenapa Aubameyang perlu meninggalkan pasukan yang lebih baik?

Aubameyang musim lalu menjadi pemenang kasut emas EPL bersama dengan Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Musim ini beliau terus tajam di hadapan gol.

Oleh itu, Watzke berpendapat Aubameyang berada dalam prestasi kemuncak karier beliau, tetapi sayangnya pemain itu tidak dapat menyajikan aksi di peringkat tertinggi, bermain di UCL.

Watzke juga mendedahkan bahawa, Aubameyang telah mendesak perpindahan tersebut, sehinggakan kelab terpaksa menjual beliau.

Arsenal membeli Aubameyang dengan nilai £56 juta. Dortmund terpaksa menjual pemain itu kerana sudah 3 kali dikenakan tindakan disiplin oleh kelab.

Watzke berkata kepada Suddeutsche Zeitung: “Sudah tentu sukar untuk kami mengekalkan pemain apabila ada wang sejumlah itu diletakkan di hadapan kami.”

“Ada sesetengah pemain pergi ke kelab lain untuk kejar wang, walaupun mereka sudah bertahun tahun tak bermain di Liga Juara-juara Eropah sekalipun.”

“Pierre-Emerick Aubameyang, pemain yang bermain dengan sangat hebat dengan Arsenal.”

Di sebalik kehebatan Aubameyang yang menjadi antara penggempur elit di Eropah, Watzke menganggap pemain itu mensia-siakan masanya dengan menyertai Arsenal.

Pastinya Aubameyang gembira melihat setiap angka pada akaun bank beliau. Namun apa yang membuatkan beliau sedih adalah terpaksa menonton aksi UCL di tv tanpa terlibat di atas padang

“Rasanya beliau akan sentiasa tersenyum girang melihat akaun bank beliau. Tetapi pada setiap Rabu beliau akan sedih kerana terpaksa menonton Liga Juara-Juara Eropah di depan tv,” tambah beliau lagi.

Watzke percaya Aubameyang sangat menyesal dengan keputusan yang beliau ambil dengan menyertai Arsenal.

Ini kerana Borussia Dortmund antara pasukan yang konsisten bermain di pentas tertinggi Eropah.

Arsenal pula sudah 3 musim gagal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah dan beraksi di Liga Europa, yang merupakan liga kelas kedua untuk pertandingan antara kelab-kelab Eropah

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.