Warganet ‘Meletus’, Gol Offside Khyril Muhymeen Singkirkan Perak

Mutu pengadilan terus menjadi topik yang hangat saban tahun. Terbaru dalam aksi separuh akhir di antara Selangor dan Perak, gol kedua pasukan Selangor dirasakan dalam kedudukan offside.

Ketika bola dilepaskan, Ifedayo melepasi perangkap offside namun ketika beliau cuba mengatasi penjaga gol, Khyril Muhymeen didapati berada di hadapan bola.

Ada juga yang bertelagah di media sosial kerana gol itu.

Gol itu secara tak langsung telah membuatkan Perak tersingkir daripada saingan Piala Malaysia dengan agregate 3-2.

Para peminat berpendapat, penjaga garisan tidak berada di kedudukan terbaik pada fasa gol itu dilakukan.

Selangor menjaringkan gol pertama menerusi Syazwan Zainon pada minit ke-32. Pada minit ke-45, gol kontroversi Khyril Muhymeen menyusul.

Pada separuh masa kedua, Khyril menambah satu lagi gol. Dan Brendan Gan merapatkan jurang agregat kira kira pada baki 8 minit perlawanan.

Pengendali Perak, Mehmet Durakovic pula menerima kekalahan ini dengan terbuka dan berpendapat pasukan Selangor berhak untuk menang.

Ini selepas Perak gagal menggunakan kesempatan yang mereka miliki dalam perlawanan ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.