Wan Bissaka Terciduk, Bersepah Dan Terduduk Dikerjakan Gelecekan Berbisa Firmino

Aaron Wan Bissaka seringkali dianggap sebagai pemain yang tak akan mampu untuk digelecek dalam situasi satu lawan satu.

Wan Bissaka merupakan pemain bek kanan termahal dalam sejarah Manchester United.

Beliau dibeli dari Crystal Palace pada perpindahan yang lalu. Sejak bermain di Man United, beliau terus menjadi pemain pilihan utama Ole Gunnar Solskjaer.

Bissaka seringkali dianggap bek kanan terbaik di dalam EPL oleh penyokong Manchester United.

Wan Bissaka seringkali dibanding-bandingkan dengan Trent Alexander Arnold. Pemain bek kanan pasukan Liverpool yang memiliki ratio assist dan clean sheet yang lebih baik.

Firmino Bisa Ajar Bissaka

Dalam aksi semalam, Wan Bissaka bersepah diayamkan oleh Roberto Firmino. Dua kali Roberto Firmino membuatkan Wan Bissaka tak bisa bertahan dengan baik.

Firmino menggunakan jurus chop mengejut yang membuatkan Bissaka dilepasi, dan kemdian Wan Bissaka seperti kebiasaannya, beliau akan cuba untuk melakukan bentesan.

Ketika Wan Bissaka mahu melakukan bentesan Firmino telah melakukan satu muslihat yang membuatkan Wan Bissaka terciduk dan terduduk.

Ini pandangan jarak dekat di mana Wan Bissaka dikerjakan oleh Firmino tanpa belas kasihan.

Gelecekan jahat Firmino melepasi bek kanan terbaik di dunia itu, pasti akan menjadi memori manis beliau yang akan dibukukan di dalam hatinya.

Sikap terburu-buru Aaron Wan Bissaka itu jelas sekali membawa kepada kejatuhan beliau. Bissaka tidak berdaya diperlakukan sebegitu rupa oleh penyerang dari Brazil itu.

Bukan itu sahaja, malah Aaron Wan Bissaka melakukan satu half volley yang lemah gemalai yang membawa kepada gol kedua Liverpool.

https://twitter.com/i/status/1218964951827714049

Manchester United menelan satu lagi kekalahan yang mereka tak ingini. Ole Gunnar Solskjaer menuduh Liverpool bermain long ball dan direct, dalam aksi yang jelas sekali memihak kepada tuan rumah dari segi penguasaan bola.

Liverpool kini sudah menang 38 daripada 39 perlawanan Liga Perdana Inggeris terakhir mereka.

Hanya sekali Liverpool keciciran mata iaitu ketika di Old Trafford, di tangan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Mohamed Salah berjenaka menyatakan, masa tu Liverpool tak menang sebab dia tak bermain.

Semalam, Mohamed Salah membantu Liverpool menang 2-0 ke atas Manchester United, pasukan yang sarat dengan bintang ternama temasuk pemain bek tengah termahal di dunia.

Dua gol Liverpool adalah menerusi Virgil Van Dijk dan juga Mohamed Salah.

Liverpool kini berada 16 mata di puncak Liga Perdana Inggeris. Dengan dua pencabar mereka, Manchester City dan Leicester keciciran mata dalam aksi minggu ini.

Manchester United kekal di tangga kelima. Dibezakan dengan 5 mata daripada pasukan Chelsea yang berada di tangga keempat.

United dibezakan 30 mata dengan Liverpool dalam kedudukan carta Liga Perdana Inggeris.

Manchester United akan meneruskan cabaran kejuaraan liga mereka dengan menentang Burnley selepas ini.

Ole Gunnar Solskjaer pastinya sudah mencongak strategi untuk memastikan pasukannya bangkit dan menang sebanyak mungkin baki perlawanan liga mereka ada.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.