Wan Bissaka Beri Bayangan Tidak Mahu Bermain Untuk England

Aaron Wan Bissaka telah memberi tanda-tanda bahawa beliau mungkin akan menukar pasukan kebangsaannya dari England ke DR Congo dengan menukar data peribadinya di laman Instagram.

Wan Bissaka menyertai Manchester United dari Crystal Palace pada tahun 2019 dan telah menstabilkan dirinya sebagai salah seorang pertahanan terbaik dalam saingan premier league.

Akan tetapi, pengurus pasukan kebangsaan, Gareth Southgate masih lagi tidak memberikan kepercayaan kepada pemain berusia 22 tahun itu untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Beliau lebih berminat untuk memilih pemain full-back yang mempunyai ketangkasan dalam membantu jentera serangan seperti Trent Alexander Arnold, Reece James dan Kieran Trippier.

Oleh kerana itu, Wan Bissaka dilihat telah membuang bendera England dalam profile instagram beliau dan hanya membiarkan bendera DR Congo berada di situ.

Aaron Wan Bissaka sudah beraksi untuk kedua-dua negara tersebut ketika usia remaja dan masih belum membuat sebarang debut rasmi di pentas antarabangsa bersama skuad seniur.

Oleh kerana itu, Wan Bissaka masih boleh memilih untuk beraksi buat mana-mana satu dari dua negara itu.

Bekas pemain Crystal Palace itu telah membuat 35 penampilan dalam musim debutnya di Old Trafford dan membantu setan merah menduduki kedudukan ketiga dalam saingan liga musim lalu.

Sementara itu, skuad kebangsaan England pula, baru sahaja memenangi perlawanan persahabatan mereka menewaskan Wales 3-0 kemarin.

Dalam perlawanan itu, pemain yang sedang berada dalam tahap persembahan terbaiknya, Dominic Calvert Lewin telah melakukan debutnya bersama skuad kebangsaan England.

Calvert Lewin berjaya menjaringkan gol pertama dalam perlawanan itu menerusi satu tandukan padu hasil hantaran dari Jack Grealish.

Conor Coady dan Danny Ings turut tersenarai sebagai penjaring gol dalam perlawanan itu dan Coady mencuri tumpuan selepas memberi ekspresi sungguh beremosi selepas tamat perlawanan.

“Sejujurnya saya masih terkejut, ia akan kekal bersama saya buat selamanya. Ianya malam yang sungguh menakjubkan untuk saya. Sejujurnya ianya malam yang sungguh mengasyikkan.”

Jelas pemain berusia 27 tahun itu kepada ITV.

“Saya tidak boleh menjelaskannya. Dapat peluang untuk beraksi bersama mereka adalah suatu yang mengagumkan untuk saya, perasaan saya dan semuanya tentang dapat beraksi di Wembley untuk England, tidak akan pernah saya lupakan.”

“Kamu mahu datang dan mempamerkan, semua orang mahu, tapi saya mahu membantu tidak kira bila pon saya dipanggil. Saya akan pastikan saya bersedia dan saya akan berikan 110% untuk setiap kali saya beraksi buat negara saya.”

Grealish telah dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan, assists yang beliau cipta turut membantu. Namun Southgate sepertinya tidak memberi pujian kepada ketua pasukan Aston Villa itu.

“Saya sangat gembira dengannya(Grealish) dan dia juga pasti berbangga dengan apa yang beliau lakukan sebagai pemula untuk skuad kebangsaan England. Dia pemain yang berbeza.”

Jelas Southgate.

Southgate tidak berbicara banyak tentang Grealish dan terus memberi pandangan beliau ke arah pemain muda Chelsea, Mason Mount dan menyatakan:

“Mount masuk dalam posisi yang sama, sekali lagi saya dapat rasakan bahawa dia memberikan impak yang mengagumkan kedalam perlawanan ini.”

“Beliau menekan dengan sungguh baik, dia menghantar bola dengan pantas dan dia memberikan impak yang luar biasa dalam mencipta dua atau tiga peluang, dia berikan impak dengan segera dalam perlawanan ini.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.