blank

‘Walls of Jericho’ Jadi Gerakan Penyudah Petarung MMA

blank

World Wrestling Entertainment(WWE) merupakan pertarungan gusti yang telah dirancang gerakannya seperti satu seni persembahan namun jurus dan serangan yang digunakan adalah benar serta wujud dan boleh digunakan dalam pertarungan sebenar.

Petinju MMA, Jonno Mears seakan telah dirasuk roh penggusti WWE terkenal Y2J yang juga dikenali sebagai Chris Jericho apabila menewaskan pihak lawan dengan menggunakan penyudah yang sering digunakan Y2J di WWE iaitu ‘Wall of Jericho’.

Jonno Mears telah melakukan submission melalui gerakan ‘Wall of Jericho’ ke atas Aaron Jones dalam pertempuran Full Contact Contender 19 di Boston yang menyaksikan Aaron Jones selak kera dikunci sebelum mengaku kalah.

Dalam pertarungan Mix Martial Art atau MMA serta gusti banyak gerakan kunci-mengunci sehingga menang digunakan antaranya yang popular rear-naked chokes(Cekik Belakang Berbogel), kimura locks, omoplata, armbars dan banyak lagi.

Sehingga sekarang dalam pertarungan MMA inilah pertama kali ‘Boston Crab’ digunakan sebagai buah penyudah. ‘Boston Crab’ merupakan nama asal penyudah ‘The Walls Of Jericho’ yang digunakan di WWE oleh Chirs Jericho.

Kemenangan Jonno Mears yang menggunakan Boston Crab ini menjadi tular hingga Chris Jericho sendiri membuat satu Twit mengenai pertarungan ini di laman Twitternya.

“Lihat ##WallsOfJericho sangat berkesan!”

Tentu bangga Jericho melihat gerakan penyudah beliau itu digunakan dalam satu pertarungan yang sebenar.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.