Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengakui beliau ketika ini sangat sibuk kerana menguruskan banyak perkara ketika negara diserang Covid-19.
Namun begitu, fikirannya tetap memikirkan pasukan kesayangan beliau iaitu Liverpool.
Datuk Seri Amirudin Shari memuat naik sekeping foto di Twitter, dengan beliau sedang menikmati hidangan semangkuk mi segera sambil mengenang nasib Liverpool yang kejuaraannya terus tertangguh.
Ini kerana Liverpool terpaksa menunggu kejuaraan musim ini. Ianya selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) dihentikan seketika berikutan ancaman Covid-19.
Bola sepak England digantung
England menggantung sementara semua aktiviti bola sepak mereka sehingga 30 April, paling awal.
Bukan sahaja di England, malah kesemua liga utama Eropah ketika ini digantung seketika gara gara wabak koronavirus yang mengancam nyawa.
Liverpool pula hanya dibezakan dengan enam mata sahaja lagi daripada penamat kemarau 30 kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.
Liverpool ketika ini berada 25 mata di atas pencabar terdekat mereka Manchester City.
Secara keseluruhannya, skuad kendalian Jurgen Kloop itu mengumpul 82 mata dan hanya memerlukan dua kemenangan bagi bergelar juara mutlak Liga Perdana Inggeris.
Buat masa ini, pelbagai spekulasi yang timbul. Ada yang menyatakan Liga Perdana Inggeris musim ini mungkin akan dikira batal / null and void. Bermakna Liverpool tidak akan menjadi juara.
Perkara itu sudah disahkan Presiden UEFA, Aleksander Ceferin yang menegaskan, mana-mana liga yang batal, maka tiada juara akan diiktiraf.
Lalu Datuk Seri Amirudin Shari berkata di dalam ciapan Twitternya:
“Selepas sesi di Awani 501, memberi beberapa butiran Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 . Menikmati maggi asam laksa sambil mengenang Liverpool yg berhadapan kemenangan yg tertangguh.”
Selepas sesi di @501Awani memberi beberapa butiran Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 . Menikmati maggi asam laksa sambil mengenang Liverpool yg berhadapan kemenangan yg tertangguh pic.twitter.com/6HdMq5YnK8
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 1, 2020
Curahan hati beliau mendapat perhatian ramai pengikutnya. Ada yang berharap agar YB terus bersabar, kalau ada rezeki, ada la tu.
Ada juga yang bergurau dengan YB: “Jangan haraplah YB.” Korang tahulah ni peminat mana kan? Peminat Watford la tu.
EPL akan terus bermesyuarat lagi berkenaan dengan hala tuju EPL selepas ini. Awal minggu lalu, David Ornstein menjangkakan semakin ramai yang berpaling tadah untuk mengundi musim ini dibatalkan.
Lembaga Pengarah Kelab EPL akan bermesyuarat lagi selepas ini.
Dan ada juga yang mencadangkan agar musim ini ditamatkan ala mini Piala Dunia. Di mana, pasukan pasukan EPL akan bermain di dua kem seperti format Piala Dunia.
Seterusnya, perlawanan itu akan diadakan di dalam stadium kosong.
Pastinya ramai peminat Liverpool juga resah ketika ini seperti YB Menteri Besar Selangor.
Koronavirus terus memberikan impak kepada sukan dunia. Baru baru ini UEFA sudah mengumumkan UEFA EURO 2020 akan dianjakkan ke tahun hadapan.
Dua kejohanan utama kelab Eropah iaitu UCL dan UEL pula sah ditunda sehingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak.