Pemain bola sepak ataupun futsal profesional merupakan mereka yang memiliki asas profesional di dalam bidang mereka.
Ianya berbeza dengan orang biasa yang macam kita ni. Untuk mendapatkan tips daripada mereka adalah sesuatu yang berharga, apatah lagi orang itu adalah Ronaldinho yang merupakan bekas pemain terbaik dunia serta antara pemain futsal idola setiap peminat.
Tak semua pemain bola sepak profesional boleh menjadi pemain futsal profesional – begitu juga, tak semua pemain futsal profesional boleh menjadi pemain bola sepak profesional.
Namun Ronaldinho berbeza. Beliau adalah profesional di kedua dua bidang itu. Selepas tamat bermain bola sepak beliau bermain futsal profesional.
Kini legenda Brazil itu masih berada di penjara di Paraguay, ditahan atas kesalahan memasuki negara tersebut dengan menggunakan pasport palsu.
Beberapa hari lalu, Ronaldinho membantu pasukannya menang pertandingan futsal di dalam penjara dengan beliau menceta 5 gol dan 6 assist.
Sikapnya yang peraman dah tak sombong membuatkan beliau sangat disenangi oleh polis dan banduan yang lain.
Football postponed everywhere but Ronaldinho is playing while in jail in Paraguay. This should be live on Sky & BT.#Brazil ⚽️🔥pic.twitter.com/j66t6IBtjZ
— Barry Anderson (@BarryAnderson_) March 14, 2020
Rakannya Nichola Cuevas baru sahaja melawat Ronaldinho. Cuevas mengakui Ronaldinho sebenarnya bersedih dan malu dengan apa yang berlaku dengannya.
Namun beliau tetap tersenyum dan sangat senang bergaul dengan sesiapa sahaja di penajara tersebut. Itulah insan bernama Ronaldinho.
Terbaru, Ronaldinho dilihat meluangkan masa untuk mengajar banduan-banduan lain asas bola sepak dan futsal di penjara.
Ronaldinho diletakkan di bilik tahanan khass di sana. Namun beliau tetap mahu bercampur gaul dengan banduan lain di dalam penjara itu. Ronaldinho diberikan kawalan ketat oleh polis takut ada perkara tak diingini berlaku.
Malah beliau turut melayani ramai peminatnya yang mahukan tandatangannya.
Ronaldinho turut bermurah hati untuk menurunkan sikit ilmu bola sepak dan futsal beliau.
Dalam satu kenyataan kepada ESPN, jurucakap penjara berkata: “Beliau ibarat tak boleh bermain sebarang alatan muzik di dalam, namun melodi itu terus berlegar di kepalanya.”
“Beliau bermain bola sepak setiap hari dan mengajar rakan rakannya di sana cara bermain bola sepak dan futsal – serta beberapa trik.”
“Dari awal lagi beliau mahu bercampur dengan rakan rakan banduan beliau yang lain. Dan beliau sangat cepat membina persahabatan di sana.”
Ronaldinho chilling signing autographs and drinking alcohol in a Paraguayan prison. 🍺🖋
Still have no idea how one of the most famous men in Brazil thought he could get into Paraguay with a fake Paraguayan passport. 🇧🇷🇵🇾 pic.twitter.com/QqfnXBYC8m
— Football Tweet (@Football__Tweet) March 11, 2020
“Beliau menjadi idola semua orang di sana. Dan ramai yang mengambil kesempatan memintanya menandatangani topi, kasut dan baju, buat kenanangan.”
Kenapa Ronaldinho diberikan layanan khas? Ini kerana beliau ke Paraguay atas jemputan acara kebajikan. Itulah sebabnya kerajaan Paraguay meletakkannya di penjara khas sebagai menghargai kemuliaan hatinya.
Selain itu, kerajaan Paraguay kenal Ronaldinho bukannya manusia yang bermasalah. Cuma, salah tetap salah. Beliau bersalah masuk ke negara itu menggunakan pasport palsu.
Buat masa ini, Ronaldinho masih lagi ditahan dan beliau masih gagal dalam usahanya minta dibebaskan.