Walau Tewas Kepada Villa, Liverpool Tetap Berjaya Memecahkan Beberapa Rekod

Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu, Liverpool telah dibelasah teruk oleh Aston Villa dalam perlawanan awal pagi tadi di Villa Park.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu dibantai 7-2 oleh Villa dan ianya merupakan antara kekalahan paling teruk dalam sejarah kelab.

Ianya merupakan pertama kalinya Liverpool bolos tujuh gol dalam satu perlawanan sejak dari kali terakhir pada tahun 1963.

Liverpool juga menjadi Juara bertahan pertama dalam sejarah saingan premier league yang bolos tujuh gol dalam satu perlawanan sejak dari 1953.

Sejak dari penubuhan premier league pada tahun 1992, Liverpool merupakan satu-satunya juara bertahan yang di belasah oleh pasukan yang hampir tersingkir musim sebelumnya.

Gawang gol Liverpool telah dirobek seawal minit ke-4 perlawanan menerusi Ollie Watkins yang berjaya mencipta hat-trick dalam perlawanan ini.

Ollie Watkins menjadi pemain pertama yang berjaya untuk menjaringkan hat-trick pada babak pertama perlawanan menentang Liverpool sejak kali terakhir berjaya dilakukan oleh Andy Cole pada tahun 1993.

Legenda Liverpool, Jammie Carragher sendiri tidak percaya melihat pasukan kesayangannya dibelasah teruk oleh Villa dalam perlawanan ini.

“Saya tidak bersetuju dengan high line Liverpool dalam perlawanan ini.”

“Saya hampir untuk ketawa di penghujung perlawanan, saya seolah tidak percaya untuk melihat semua ini, ianya merupakan keputusan yang mengejutkan.”

Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp sendiri mendakwa bahawa anak-anak buahnya banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dalam perlawanan ini.

“Kesemua perkara yang tidak patut kamu lakukan dalam sukan bola sepak telah dilakukan oleh kami dalam perlawanan ini.”

Jelas Klopp selepas tamat perlawanan.

Selain Liverpool, Manchester United juga mengalami hal yang sama pada hari ini selepas mereka juga dibelasah teruk oleh Spurs 6-1.

Ini merupakan pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Inggeris, Liverpool dan United kedua-duanya dibelasah lebih lima gol pada hari yang sama sejak tahun 1963.

Pengurus pasukan Aston Villa, Dean Smith berasa gembira dengan kejayaan yang dilakar oleh anak-anak buahnya dan beliau turut berbangga mendapat pujian dari pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

“Ketika Jurgen Klopp menyebut WOW kepada kamu dihujung perlawanan, maka kamu tahu bahawa kamu sudah melakukan suatu hal yang sangat menarik.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.