Walau Chelsea Baru Menjulang UCL, Arsenal Masih Dianggap Pasukan Terhebat Di London

Jamie O’Hara telah mendakwa yang Arsenal masih lagi kelab terbesar di London atas sejarah kejayaan yang pernah dimiliki oleh The Gunners itu.

O’Hara masih menganggap Arsenal sebagai gergasi London walaupun Chelsea baru sahaja memenangi gelaran Champions League kedua mereka hujung minggu lalu.

Kemenangan Chelsea menewaskan Manchester City 1-0 hasil jaringan dari Kai Havertz hujung minggu lalu, telah mengesahkan mereka sebagai Juara benua Eropah buat kali yang kedua dalam tempoh sedekad ini.

The Blues juga telah berjaya memenangi lima kali gelaran Premier League, lima FA Cup, tiga League Cup dan dua Europa League sejak kelab diambil alih oleh Roman Abramovich pada tahun 2003 lalu.

Dalam tempoh waktu yang sama, Arsenal hanya pernah memenangi satu gelaran liga pada tahun 2004, yang mana ia sebelum Chelsea merangkul gelaran liga pertama mereka.

The Gunners juga pernah memenangi lima gelaran FA Cup dan mereka juga sepertinya sudah sering hilang dari kelompok empat teratas dalam carta liga.

Ekoran dari itu, Trevor Sinclair telah menyatakan yang Chelsea pada ketika ini merupakan pasukan yang jauh lebih besar berbanding The Gunners.

“Saya rasa mereka lebih bagus.”

Jelas bekas pemain sayap Manchester City kepada talkSPORT.

“Apa yang mereka capai selama tempoh 10 tahun ini sungguh menakjubkan, saya rasa stadium mereka sudah boleh diupgrade sekarang, tapi Cobham masih lagi memiliki kemudahan asas latihan yang mengagumkan, kamu lihat sahaja pada skuad mereka dan apa yang telah mereka capai dalam tempoh sedekad ini.”

“Kamu harus lihat mereka sebagai pasukan terhebat di London.”

“…. Memang banyak kelab hebat di London, tapi saya rasa Chelsea yang paling bagus.”

Walau bagaimanapun, bekas pemain midfield Spurs, O’Hara menganggap sejarah membuktikan Arsenal masih lagi pasukan terhebat di bumi London.

“Saya tak bersetuju, sorry Trev.”

Balas O’Hara.

“Saya penyokong Spurs, tapi kamu tak boleh mengelak dari kenyataan yang mengatakan Arsenal masih lagi kelab terhebat di London.”

“Jika kamu mahu cerita soal sejarah, kejayaan sebenar sebuah kelab bola sepak itu, kumpulan penyokong dan segalanya yang berkait dengan bola sepak, saya mintak maaf…”

“Chelsea merupakan kelab paling berjaya di London ketika ini, kita semua tahu itu, mereka ada pemilik yang kaya, billionaire, dan mereka memang kelab yang paling berjaya.”

Sejujurnya untuk memutuskan kelab mana yang terhebat merupakan perdebatan paling tak berguna dalam semua jenis sukan, dan itu fakta paling nyata.

Jika penyokong Arsenal menegaskan bahawa sejarah membuktikan mereka merupakan yang terbaik dan terhebat, adakah mereka fikir penyokong Chelsea akan ambil peduli semua itu?

Mereka baru sahaja menjulang kejuaraan Champions League dan mereka jelas tidak berminat untuk dengar sejarah kebanggaan anda.

Sama seperti perdebatan Manchester City dan Manchester United, Liverpool dan Everton, The Citizens baru saja menang Premier League, jadi mereka tidak peduli dengan sejarah setan merah.

Liverpool ketika ini merupakan sang penakluk dunia, jadi mereka tak akan pernah peduli dengan sejarah Everton walaupun The Toffees tak pernah mendahului The Reds.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.