Presiden Rusia Vladimir Putin memberi jaminan ayah Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap akan mendapat kemudahan perawatan terbaik, selepas dikatakan kini berada dalam keadaan tenat.
Abdulmanap dikatakan sedang dirawat di Moscow selepas menjalani pembedahan jantung, dan berada di dalam keadaan ktitikal.
Situasi beliau juga tidak dibantu oleh jangkitan wabak yang mencetuskan situasi tersebut.
Pengurus kepada Khabib, Ali abdelaziz berkata Khabib telah berkomunikasi dengan Presuden Rusia, Vladimir Putin ketika orang tuanya tu menjalani rawatan di ibu negara Rusia itu.
“Saya boleh mengesahkan ayah Kbabib kini berada dalam keadaan koma,” kata Abdelaziz kepada ESPN.
🇷🇺 UFC Lightweight Champion Khabib Nurmagomedov meeting Russian President Vladimir Putin after his win on Saturday. pic.twitter.com/3rswOGupV9
— Coral (@Coral) October 11, 2018
“Khabib turut telah berhubung dengan Vladimir Putin sejak beberapa hari lalu, dan beliau memberi jaminan ayah Khabib akan menerima rawwatan terbaik yang ada,” tambah Abdelaziz.
Abdelaziz juga mengingatkan kepada semua pihak untuk mengikuti saranan oleh Khabib dalam memutus rantai penularan jangkiran dan mengakhiri wabak ini.
“Pesan nombor satu Khabib kepada orang-orang di seluruh dunia saat ini adalah tetap berada di rumah untuk mencegah penyebaran wabak,” kata Abdelaziz lagi.
Melalui Instagram Khabib mengesahkan kesan yang diberikan oleh wabak tersebut kepada keluarga dan saudara maranya.
Tidak kurang 20 ahli keluarga dan saudara mara Khabib telah dijangkiti, dan sebahagian besar daripada mereka telah meninggal dunia.