Andre Villas-Boas sempat menyindir Thomas Tuchel, sambil berjenaka mengenai kegagalan Paris Saint-Germain (PSG) di pertandingan UEFA Champions League selepas kemenangan Marseille di Parc des Princess.
Gol tunggal dari Florian Thauvin pada babak pertama perlawanan cukup untuk memberikan Marseille kemenangan yang dicari selai dari kejayaan menamatkan penantian 20 pertemuan sebelum ini untuk menewaskan PSG.
Villas-Boas : « Thomas Tuchel m'a dit qu'il espérait que j'avais joué au Loto ce soir, je lui ai répondu que j'espérais qu'il l'avait fait contre l'Atalanta lui aussi. » pic.twitter.com/n5r6Tf5nid
— Actu Foot (@ActuFoot_) September 13, 2020
Perlawanan Le Classique itu berlangsung dengan panas, menyaksikan lima pemain termasuk bintang dari Brazil, Neymar dilayangkan kad merah pada babak akhir perlawanan.
Ketua jurularih Marseille, Villas-Boas sempat bertengkar dengan pengurus PSG, Tuchel yang kini sudah tewas dalam dua perlawanan pembukaan Ligue 1 musim 2020/21.
“Ejek mengejek seperti kebiasaan – – you’re a s***, no, you are a s*** yourself,” kata Villas-Boas dalam sidang media mengenai rakan sejawatnya itu.
💬 André Villas-Boas : « Tuchel m’a dit : "Tu devrais jouer au loto" je lui ai répondu : "Tu as joué au Loto avant l’Atalanta ?" […] Mais j’ai beaucoup de respect pour lui. »#PSGOM pic.twitter.com/yQqfIo29SQ
— L'ÉQUIPE (@lequipe) September 13, 2020
“Dia [Tuchel] berkata saya terkena loteri malam ini. Saya juga berkata dia bermain loteri ketika menewaskan Atalanta [di perlawanan suku akhir Champions League musim lalu.].
“Cukup adil. Saya menghormati beliau. Saya menghargai apa yang telah dicapainya.”
PSG memerlukan dua gol lewat perlawanan ketika menewaskan Atalanta pada Ogis sebelum tewas kepada Bayern Munich di perlawanan akhir.
Villas-Boas on fire 🔴🎙️: “ They had 10 years of domination but they spent more than a billion to achieve it. It gave importance to what they do in France. They want to win the #UCL, but always failed” #PSGOM pic.twitter.com/028ujRVJnn
— AUGUSTUS🔴l (@DerAugustus) September 13, 2020
Villas-Boas kemudiannya menekankan Tuchel berada di dalam keadaan terdesak untuk membawa kejuaraan Champions League kepada PSG.
“Jelas sekali PSG mahukan trofi Champions League. Mereka boleh sahaja melabur $1.5billion sekalipun tetapi masih tidak memenangi Champions League.
“[Carlo] Ancelotti pernah berada di situ, sekarang melatih Everton. [Unai] Emery pun pernah, sekarang melatih Villareal. Ianya sukar. Mereka masih menanti [trofi] Champions League.
“Saya menghargai dia. Mereka [PSG] bermain dengan baik, bertahan dengan baik dan agresif. Saya berkata kepada beliau, ‘Malangnya saya tidak boleh [Marseille] bermain begitu. Tetapi saya benar-benar sukakannya.”
Kekalahan PSG di tangan Bayern Munich di perlawanan akhir Champions League tempoh hari bermakna Marseille adalah satu-satunya kelab dari Perancis yang pernah muncul juara pertandingan elit kelab eropah itu.
Bekas pemain West Ham, Payet, jelas antara mereka yang gembira melihat anak buah Thomas Tuchel tersungkur di Lisbon dengan memuat naik sebuah video yang dirakam olehnya sendiri.
Une histoire ⭐️
Un club @OM_Officiel
Une ville @marseille #AJamaisLesPremiers pic.twitter.com/5cbhGfbT2H— Dimitri Payet (@dimpayet17) August 23, 2020
Dalam video tersebut Payet menampilkan logo PSG dengan bintang di atasnya – simbolik kejayaan di Eropah.
Payet kemudiannya mengatakan tidak dan menyampaikan mesej bahawa Marseille masih satu-satunya kelab dari Perancis yang memiliki bintang tersebut.
Maka tidak hairanlah mengapa perlawanan ini boleh menjadi lebih panas dari kebiasaan.