VIDEO: Suka Sangat Lihat Christensen Kena Kad Merah, Klopp Tegur Dan Marah Staff Sendiri

Pengurus Liverpool memberi reaksi sangat marah ketika pemain Chelsea, Andreas Christensen dilayangkan kad merah dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Brigde semalam.

Kemarahan Klopp itu sebenarnya dictuskan oleh karenah staff kejurulatihan Liverpool sendiri yang bertepuk tangan dan bersorak dengan keputusan pengadil.

Christensen dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut selepas dipersalahkan menjatuhkan Sadio mane di babak akhir separuh masa pertama perlawanan.

Pada mulanya pemain pertahanan tengah Chelsea itu dilayangkan kad kuning. Namun selepas melakukan semakan menggunakan VAR, pengadil perlawanan, Paul Tierney memutuskan Christensen sewajarnya dilayangkan kad merah.

Dan saat itu kedengaran tepukan dan laungan kegembiraan dari bangku pemain simpanan Liverpool yang turut menempatkan staff kejurulatihan Klopp.

“Adakah anda semua gila? Kita tidak akan pernah melakukan hal seperti itu okay?” kata Klopp.

Klopp kemudiannya mengesahkan tepukan tersebut bukan datangnya dari salah seorang pemain Liverpool yang berada di bangku pemain simpanan.

“Ia bukan datang dari pemain. Ia perbuatan salah seorang staff.

“Saya sudah menjelaskan pendapat saya kepadanya, dan saya tidak ada masalah dengan itu. Namun ketika kejadian, ia bukan perkara yang saya mahu bincangkan,” kata Klopp selepas tamat perlawanan.

Kad merah yang dilayangkan kepada Christensen itu juga menjurus kepada dua gol Sadio Mane yang menjaringkan dua gol demi memastikan Liverpool pulang dengan tiga mata.

Kemenangan ke atas Chelsea membuatkan Liverpool pada ketika ini mengutip enam mata dari dua perlawanan Liga Perdana Inggeris.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.