[VIDEO]: Ruben Dias Menangis Selepas Diberitahu Man City Adalah Kelab Kecil

Ruben Dias kelihatan sebak dan menangis di bilik persalinan selepas mendengar ucapan perpisahan dari pengurus Benfica, Jorge Jesus.

Ia termasuklah kata-kata Jorge Jesus yang melabel Manchester City sebenarnya adalah sebuah kelab kecil berbanding Benfica yang ditinggalkan oleh pemain itu.

Jesus dikenali sebagai seorang pengurus yang ramah tetapi gamar bercakap tanpa berselindung mengenai apa yang beliau rasa.

Dias bakal melengkapkan perpindahan ke Etihad dengan nilai perpindahan £64 juta dan diberikan peluang untuk berhadapan dengan rakan sepasukan di Benfica buat kali terakhir.

Dan ketika keseluruhan skuad Benfica berada di dalam bilik persalinan, Jesus memuji perkembangan pemain pertahanan berusia 23 tahun itu.

“Ruben [Dias] menerima ucapan penghargaan, bukan kerana apa yang dicapai oleh pasukan ini sahaja tetapi untuk perlawanan [kemenangan 2-0 ke atas Moreirense] di mana beliau turut beraksi [buat kali terakhir].

“Beliau adalah kapten pasukan, dan turut menjaringkan gol. Jadi segala-galanya amat sempurna. Masa depannya juga kelihatan cerah. Kita semua percayakan itu.

“Tetapu beginilah kehidupan dan hakikat sebagai pemain bola sepak. Anda meninggalka sebuah kelab yang hebat [Benfica], yang lebih besar dari City, [Benfica] hanya lebih kecil dari segi kewangan.

“Itulah perkara yang akan membawa perbezaan, dan segalanya akhirnya terpulang kepada kami.”

Selepas menerima penghargaan dari pihak pengurusan, Dias kemudian diberikan masa untuk berkata-kata tetapi terus menjadi emosi dan menitiskan air mata jantan.

Tampil sebagai kapten pasukan dan menjaringkan gol dalam penampilan terakhir adalah sati impian yang beliau akan kenang sampai bila-bila.

“Impian terbesar saya ialah untuk pergi pada masa yang tepat, dan saya fikir semua pihak, mereka yang bekerja dengan saya, keluarga di rumah yang memberikan sokongan, kita telah berjaya melakukannya,” kata Dias.

“Saya sentiasa mahu pergi dengan senyuman di wajah. Saya sudah lama berada di Benfica. Dan saya mahu kalian semua mengetahui saya pergi dengan gembira, dan anda semua turut harus sama gembira kerana saya akan terus berusaha keras mengejar impian saya.

“Saya sentiasa – walaupun sayangkan kelab ini – ternanti-nantikan detik ini. Saya akan membawa anda semua di dalam hati ini.

“Harapan terbesar saya ialah supaya anda semua mampu bergelar juara. Saya sedang berada di dalam mood tersebut dan ia amat sukar untuk pergi kerana itu.

“Kejarlah kejayaan dan anda juga memiliki jurulatih untuk mencapai impian itu, yang telah membawa kita ke kemuncak. Jadi saya harap anda mampu melakukannya dan bergelar juara.”

City mengesahkan pembelian Dias pada Isnin, dan pemain pertahanan itu difahamkan menandatangani kontrak selama enam tahun bersama juara 4 kali Premier League itu.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.