Luke Shaw merupakan fullback yang menerima gaji pokok tertinggi di dunia. Di mana pemain itu diberitakan menerima £200 ribu seminggu.
Kenaikan gaji mendadak pada kontrak baru itu berlaku selepas Shaw memenangi Anugerah Pemain Terbaik Manchester United 2018/19.
Luke Shaw is the highest paid left back in the world……
I’ll just leave that there
— Phil (@PhilLUHG) January 1, 2020
Namun sepanjang aksi Arsenal berhadapan dengan Manchester United, Luke Shaw sangat menderita mengawal Nicolas Pepe.
Pepe beraksi sangat cemerlang dan sehingga beliau melakukan gelecekan ajaib yang sangat licik sehingga Shaw terduduk dan menyembah bumi.
Pepe melakukan satu acahan ke hujung padang dan memotong (chop) segera gerakan bola.
Shaw yang lemah dan tak berdaya, hanya mampu berserah.
Pepe Usirudie Tena, Luke Shaw ana Familia Inamuangalia.. pic.twitter.com/w9poPZvyAi
— ZITATU (@max_zitatu) January 2, 2020
Sungguh jahat kelakuan Pepe itu ke atas pertahanan yang merupakan pemakai lencana pasukan Score If You Can itu.
Pepe turut menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini. Disusuli sepakan penjuru yang gagal dikeluarkan kemas pertahanan Uniteda dan memberikan gol kedua untuk Arsenal.
Pengulas perlawanan berkata, ketika Pepe menggelecek Shaw sampai terduduk: “Pepe, dia meninggalkan Shaw di belakang. Dan dia mendudukkan Shaw. Pepe cross!.”
Commentator: Pepe, he left SHAW behind. he sat SHAW down, Pepeee's crrooss!!!"
😂😂😂😂😂 pic.twitter.com/PVJpf0do6s
— 💙 (@Whizzy_khiddy) January 1, 2020
Sayang sekali hantaran lintang Pepe itu tidak dapat disudahkan dengan lebih baik oleh Pierre Emerick Aubameyang.
Luke Shaw menjadi antara pemain yang dikritik hebat oleh penyokong United yang merasakan pemain itu membuatkan Pepe seperti Messi.
Pepe Usirudie Tena, Luke Shaw ana Familia Inamuangalia.. pic.twitter.com/w9poPZvyAi
— ZITATU (@max_zitatu) January 2, 2020
Ada yang hanya mampu tergelak melihat Luke Shaw diperlakukan sebegitu kejam oleh Nicolas Pepe.
Pepe sent Luke shaw to the fish & chip shop 😩✅👏🏾 pic.twitter.com/4hv8Iup54Y
— MullzPositive🕊 (@MullzUK) January 1, 2020
Shaw memang ditugaskan untuk mengawal Pepe dalam aksi malam tadi. Namun prestasi luar biasa Pepe pada malam tahun baharu 2020 telah membuatkan Shaw dalam masalah.
Shocked Nicolas Pepe managed to score with Luke Shaw marking him as tightly as he is pic.twitter.com/E3eY6ruXfG
— FootballJOE (@FootballJOE) January 1, 2020
Sebelum gol kedua Arsenal, Luke Shaw sudah dibuli oleh Pepe. Pada separuh masa pertama 2 kali Luke Shaw dilepasi lawan. Dan kedua – duanya adalah menerusi Nicolas Pepe.
Pepe pada separuh masa pertama mencatatkan 100% hantaran tepat dan melakukan 3 gelecekan yang lolos.
Selain itu, Pepe turut mencipta 2 peluang gol untuk rakannya.
Luke Shaw defending against Pepe before the corner pic.twitter.com/AJ1hRiOVdb
— Space Monkey (@SpaceMonkeysFPL) January 1, 2020
Kemenangan Arsenal ini merupakan yang keenam dalam liga untuk Arsenal musim ini. Melonjakkan mereka ke tangga ke-10.
Manchester United kekal 4 mata di belakang Chelsea dalam perebutan 4 tempat teratas.
Manchester United beraksi agak hambar terutama sekali pada separuh masa pertama. Kapten pasukan United, Harry Maguire menyatakan lawan mereka lebih baik dari segi keagresifan dan juga ketika melakukan tekanan.
Manchester United akan berhadapan dengan Wolves dalam saingan Piala FA selepas ini. Ianya diikuti aksi separuh akhir Piala Carabao berhadapan dengan Man City.
Arsenal pula akan bermain dalam aksi Piala FA berhadapan dengan Leeds United. Ini diikuti aksi EPL berhadapan dengan Crystal Palace selepas ini.
Arsenal berjaya mencatat kemenangan mereka yang pertama di bawah kendalian Mikel Arteta.
Kebangkitan penuh bermaruah dan bermotivasi selepas kalah dalam derbi berhadapan dengan Chelsea pada aksi sebelum ini.