Tatkala Barcelona sedang mencari penyelesaian mengenai tuntutan Lionel Messi meninggalkan kelab itu, sekumpulan penyokong berkumpul di luar pagar kompleks Stadium Nou Camp untuk menunjukkan tanda protes.
Pengarah dan pengurusan tertinggi termasuk Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu dipercayai berada di dalam bangunan di dalam kompleks tersebut – sedang bermesyuarat mengenai Messi.
Protes yang bermula di luar pagar kemudiannya menjadi semakin tegang, sehingga penyokong merempuh masuk melalui pagar utama.
More on the protests in Barcelona
🎥: @eastonjamie pic.twitter.com/fmxfL2JR9L
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) August 26, 2020
Pengawal keselamatan bertugas dilaporkan tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang, dan bantuan polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan protes tersebut.
Penyokong yang menghadiri protes tersebut jelas sekali tidak berpuas hati dengan Bartomeu dan menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai presiden.
Mereka jelas kecewa bagaimana kelab dikendalikan selama ini, dan isu yang menyelubungi masa depan Lionel Messi menjadi perkara terutama kekecewaan mereka.
Barcelona fans continue their protest against Bartomeu. We won’t rest. We will do anything pic.twitter.com/RrAazi2Ums
— indykaila News (@indykaila) August 26, 2020
Kapten Barcelona dan Argentina itu dikatakan kecewa dan marah selepas pertemuan dengan pengurus yang baru dilantik, Ronald Koeman sebelum menyerahkan surat tuntutan berpindah (transfer request).
“Messi jangan pergi. Kekal di sini. Masih banyak perkara anda perlu lakukan,” ujar satu mesej dari penyokong yang hadir kepada wartawan yang membuat liputan.
“Barcelona perlukan anda sekarang Anda akan melihat mayat Bartomeu pergi. Jangan pergi. Dia [Bartomeu] yang sepatutnya pergi, bukan anda,” kata seorang lagi penyokong.
“Jika anda ada maruah, letak jawatan sekarang. Semua orang mahukan itu. Pada malam kekalahan kepada Bayern, hanya [Gerrard] Pique yang berhadapan dengan penyokong seperti seorang presiden. Anda tidak,” kata seorang penyokong wanita yang jelas mesejnya dituju kepada Bartomeu.
Protes di Nou Camp dijangka akan berterusan dan semakin tegang dengan potensi kelab Catalan itu kehilangan khidmat Lionel Messi.