Peminat sungguh beremosi melihat Bruno Fernandes pergi memeluk Jesse Lingard yang berada di laluan para pemain United menuju ke bilik persalinan di Old Trafford awal pagi tadi.
Lingard ketika ini dipinjamkan ke West Ham sehingga akhir musim nanti dan beliau tidak dibenarkan untuk turun beraksi dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford awal pagi tadi.
Beliau bagaimanapun tetap hadir ke stadium walau tidak boleh bermain dan dilihat berdiri di terowong laluan para pemain United untuk menuju ke bilik persalinan.
Manchester United fans loved what Bruno Fernandes did to Jesse Lingard away from TV cameras #mufc https://t.co/JFsojQLRGC
— Man United News (@ManUtdMEN) March 14, 2021
Fred, Harry Maguire dan Scott McTominay antara pemain yang lalu melepasi Lingard sambil bersalaman, namun Fernandes memberi penghargaan yang berbeza kepada pemain berusia 28 tahun itu.
Fernandes dengan pantas pergi menemui Lingard dan memeluknya sebelum meneruskan perjalanan menuju ke bilik persalinan.
Things you love to see. 🔴🤝#MUFC @JesseLingard pic.twitter.com/F9gYG5FZUb
— Nick Speakman (@_Nick) March 14, 2021
Walaupun beliau gagal mempamerkan aksi cemerlang dan tidak mendapat kepercayaan dari Ole Gunnar Solskjaer dalam beberapa bulan terakhirnya di Old Trafford sebelum ini, namun jelas bahawa Lingard masih disayangi oleh rakan sepasukannya yang lain.
Para peminat turut memberi reaksi yang sungguh beremosi selepas melihat rakaman tersebut dan menganggap ia merupakan detik terindah yang berlaku sepanjang malam semalam.
Every time I think I can’t love Bruno more… 🥺🥺🥺 https://t.co/Kx8aiIxGGC
— LTono Fernandes (@LJC_85) March 14, 2021
If you needed any more reason as to why Bruno is the actual captain: https://t.co/KGHp4Jh4ry
— ᴵᴬ (@martiaaaaaal) March 14, 2021
Fernandes memang sentiasa menghargai Jesse Lingard dengan beliau turut pernah mempertahankan pemain kebangsaan England itu ketika beliau dikecam musim lalu.
Lingard menjaringkan gol pada hari terakhir musim lalu ketika bertemu Leicester City dan Fernandes memberitahu MUTV bahawa:
“Sudah tentu setiap kali Leicester ketinggalan mereka akan menyerang habis-habisan kerana mereka perlu menjaringkan setidaknya dua gol, tapi kita bertahan dengan baik, kita melakukan dengan sempurna dan kamu lihat di minit akhir kami tidak pernah berhenti berjuang dan Jesse melakukan kerjanya dengan sangat sempurna.”
“Ya tidak dinafikan kesilapan berpunca dari penjaga gol, tapi andai Jesse tidak pergi ke sana, jaringan itu tidak akan terhasil, jadi ia kerana kerja keras dari dia.”
Jesse Lingard's telling Bruno Fernandes tunnel interaction after Ole Gunnar Solskjaer claim https://t.co/hWL7IicaQ7
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 15, 2021
“Bagi saya Jesse berhak diberi penghargaan atas jaringan itu kerana kerja keras yang dia tunjukkan sepanjang minggu ini, untuk semua orang yang mengkritik dia dan pemaon lain kerana mereka tidak bermain dengan bagus atau tidak selalu diberi minit permainan.”
“Saya rasa ini alasan mengapa Jesse menjaringkan gol, kerana kami berlatih bersungguh-sungguh, berlatih dengan gigih untuk membantu satu sama lain.”
United berjaya menewaskan West Ham 1-0 dalam aksi di Old Trafford awal pagi tadi hasil gol sendiri jaringan Craig Dawson.
Our Jesse Lingard (in loan to West Ham) standing strategically where he can greet his Man Utd teammates warms my heart.
The hug by Bruno Fernandes 😩😭#MUNWHU https://t.co/FNgLnihIWh
— Yayoh 🌤️ 🇰🇪 (@YayohKE) March 14, 2021
United berjaya naik ke kedudukan kedua dalam carta liga dan mereka turut cemerlang mengharungi 13 perlawanan dalam semua pertandingan dengan tidak terkalahkan.