[VIDEO]: Luis Suarez Dalam Linangan Air Mata Saat Tinggalkan Barcelona Buat Kali Terakhir

Luis Suarez kelihatan berada dalam linangan air mata saat meninggalkan pusat latihan Barcelona buat kali terakhir sebelum disahkan sebagai pemain Atletico Madrid.

Penyerang dari Uruguay itu dikhabarkan hadir ke pusat latihan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Lionel Messi dan rakan sepasukan yang lain pada Rabu sebelum pengesahan menyertai Atletico Madrid dilakukan pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Penyerang berusia 33 tahun itu meninggalkan Barcelona selaku penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman. Dan saat pemain itu meninggalkan premis latihan gergasi Catalan itu sempat dirakam oleh wartawan yang menanti.

Ketika memandu keluar, Suarez pada mulanya kelihatan menunduk di dalam kenderaan yang dipandunya sambil mengesat air mata sebelum sempat melambai kepada peminat dan wartawan yang ternanti di luar pagar.

Sejak berpindah ke Barcelona dari Liverpool pada 2014, Suarez telah menjaringkan 197 gol dari 283 penampilan.

Ketibaan Ronald Koeman yang mahukan pemain baharu dan segar untuk membina kembali pasukan juga bermakna tangisan Suarez kali ini adalah penamay kepada satu lagi karier pemain yang dianggap hebat pernah beraksi dengan gergasi Catalan itu.

Sebelum ini Barcelona dilaporkan cuba menyekat perpindahan Suarez ke Atletico kerana tidak mahu pemain itu memperkuatkan pesaing di pertandingan domestik.

Namun Atletico juga dilihat sebagai satu-satunya kelab sebagai destinasi seterusnya buat Suarez selepas perpindahan ke Juventus tidak menjadi kenyaaan berikutan isu mendapatkan passport.

Ini kerana Luis Suarez didakwa telah menipu dalam ujian bahasa Itali yang beliau ambil untuk mendapatkan passport negara tersebut.

Menurut laporan dari akhbar Itali, perkara itu kini sedang dalam penyiasatan pihak polis yang mencari kebenaran berkaitan dakwaan tersebut.

Media penerbitan Itali, Repubblica dan Ansa melaporkan bahawa terdapat keraguan dalam ujian tersebut dan Suarez didakwa menipu untuk lulus ujian tersebut.

Petikan kata rasmi dari Repubblica menyatakan:

“Dia langsung tidak pandai bertutur dalam bahasa Itali. Dia juga tidak faham penggunaan kata kerja, dia cuma bercakap melalui infinitif. Sekiranya wartawan bertanya soalan kepadanya, dia pasti terkantoi.”

“Dia menerima pendapatan €10 juta setahun, dia memang wajib untuk lulus ujian ini.

Pihak polis sudah mula menjalankan siasatan berkait dakwaan tersebut dan sedang mendapatkan dokumentasi dari University Of Perugia, tempat di mana Suarez mengambil ujian tersebut.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.