Pemain centre-back Schalke, Shkodran Mustafi telah melakukan kesilapan paling dungu musim ini ketika bertemu Wolfsburg dalam aksi saingan Bundesliga semalam.
Beliau dengan tenang dan bersahaja telah menanduk cantik bola masuk ke gawang golnya sendiri dalam aksi kekalahan 5-0 mereka di tangan Wolfsburg.
Ia merupakan detik yang tidak mahu diingati oleh bekas pertahanan Arsenal yang menamatkan kontraknya bersama Gunners pada Januari lalu untuk menyertai Schalke.
Watch Mustafi net own goal in 5-0 defeat leaving Schalke winless since he joined https://t.co/rusmNGYn6l
— Sun Sport (@SunSport) March 13, 2021
Beliau berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan bertemu Wolfsburg ini, namun bukan untuk skuadnya sendiri, tetapi untuk pasukan lawan.
Pemain berusia 28 tahun itu tidak berada di kedudukan yang betul di kawasan pertahanan skuad dan ketika bola sampai kepadanya, beliau seolah hilang arah dan buta kayu dengan tidak tahu untuk buat apa.
Video: Ex-Arsenal calamity Shkodran Mustafi justifies Gunners’ sale with dreadful own-goal against Wolfsburg https://t.co/PorLtdDwuS
— CaughtOffside (@caughtoffside) March 13, 2021
Bola yang sepatutnya ditanduk keluar, Mustafi sebaliknya menanduk masuk ke gawang beliau sendiri menyebabkan penjaga gol Wolfsburg terkapai-kapai cuba untuk menyelamatkan kembali bola tersebut.
Sayangnya, belum sempat diselamatkan oleh penjaga gol, bola tandukan Mustafi sudah masuk menerjah jaring gawang gol mereka sendiri terlebih dahulu.
Great header from Mustafi. Keeper had no chance. https://t.co/0gGf8ITHnX
— JB™️ (@gunnerpunner) March 13, 2021
World Cup Winner Shkodran Mustafi 😌 pic.twitter.com/9rwzAPLwE9
— Bayern Fan (The Normal One) (@Bayern_1021) March 13, 2021
Ia merupakan satu lagi keputusan buruk yang dicatatkan oleh Schalke musim ini, dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan tercorot dalam carta saingan Bundesliga.
Schalke hanya mampu mengumpul 10 mata sahaja dari 25 perlawanan dalam aksi saingan Bundesliga musim ini dan ia merupakan pencapaian yang sangat teruk.
And another for Wolfsburg! Philipp gets in on the act from the bench 👏
(79') #WOBS04 5-0 pic.twitter.com/M2UtGBG15J
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) March 13, 2021
Schalke just hit -50 goal differential on the season
— Brian Sciaretta (@BrianSciaretta) March 13, 2021
Bundesliga goals this season:
Wout Weghorst – 16
Schalke – 16#WOBS04 pic.twitter.com/GGQ8r0CuQS
— DW Sports (@dw_sports) March 13, 2021
Mustafi sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dengan hal tersebut telah disahkan sendiri oleh ejen beliau, Emre Ozturk.
Emre Ozturk mengesahkan bahawa beliau sudah bercakap dengan gergasi Catalan itu dengan Barcelona berminat untuk menandatangani pemenang Piala Dunia itu.
Beliau memuat naik video di laman instagram miliknya yang memperlihatkan perkarangan Nou Camp dengan menyatakan:
“Bersedia untuk mesyuarat.”
Shkodran Mustafi hasn't had the best of times in Germany since his move! https://t.co/gyDzhxENP2
— Express Sport (@DExpress_Sport) March 13, 2021
Kebanyakkan peminat ketika itu menganggap Emre mahu membincangkan tentang Yusuf Demir, bintang 17 tahun yang merupakan pemain muda buruan kebanyakkan kelab.
Namun tidak ada sesiapa yang menjangkakan bahawa beliau ke sana sebenarnya melakukan rundingan untuk Mustafi.
'Calamity!'https://t.co/qtdQ3COvtq
— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) March 13, 2021
Bercakap kepada Fox Sports, Emre Ozturk mengesahkan bahawa ia adalah rundingan tentang Mustafi dengan menyatakan:
“Saya bukan ke sini untuk Yusuf Demir, tapi saya kesini kerana Shkodran Mustafi dari Arsenal, yang mana dia juga merupakan pemain kami.”