Video: Lihat Aksi Shaw Hantar Thiago Kembali Ke La Masia

Video aksi Luke Shaw menghantar Thiago Alcantara kembali ke La Masia telah tular di media sosial.

Pemain pertahanan England, Shaw tidak diragukan antara pemain terbaik dalam padang ketika aksi seri 0-0 Liverpool bertemu Manchester United kemarin.

Selepas tamat perlawanan di Anfield itu, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berjaya mengekalkan kelebihan tiga mata mereka mengatasi Liverpool dalam saingan liga.

Bekas pemain pasukan Southampton itu tidak hanya menyimpan Mo Salah dalam kocek beliau, Shaw juga turut berkesan ketika membantu jentera serangan United dan sempat membuka ruang untuk Fernandes menjaringkan gol.

Bruno Fernandes memiliki peluang yang cantik untuk menjaringkan gol pada babak kedua permainan hasil gerakan dari Shaw, namun cubaan itu berjaya diselamatkan oleh Alisson Becker.

Namun, para peminat begitu teruja dan gembira melihat salah satu insiden pada babak pertama permainan, yang memperlihatkan Shaw berjaya mengayam-ayamkan Thiago Alcantara.

Bekas pemain Bayern Munich itu tersembam mencium tanah selepas Shaw dengan bijak menarik dan menahan bola ketika sedang membuat larian pantas untuk masuk ke kotak penalti Liverpool.

Rakaman gerak perlahan menunjukkan Thiago tergelincir dan hampir saja menjatuhkan rakan sepasukannya, Fabinho selepas gagal mengawal Shaw.

Ramai yang gembira melihat pemain kebangsaan Sepanyol itu mengawal bola dan cara beliau membuka ruang untuk rakan sepasukannya yang lain.

Namun, legenda Liverpool, John Barnes percaya bahawa Thiago adalah punca utama mengapa Liverpool gagal menghasilkan sebarang gol dalam tiga aksi terakhir mereka dalam saingan premier league.

“Thiago, dia mengawal permainan dan dia juga antara pemain terbaik pada babak pertama permainan, tapi saya tidak rasa ia membantu unit jentera serangan tiga serangkai Liverpool.”

Jelas legenda berusia 57 tahun itu kepada talkSPORT.

“Dengan Henderson dan Fabinho di bahagian midfield, mereka akan melorongkan bola kepada penyerang dan mereka lebih bermain dengan tiga pemain serangan yang laju dan pantas itu untuk mendapatkan bola dan menyerang, tapi Thiago dia perlahankan rentak permainan.”

“Ketika dia memperlahankan permainan di ruang sempit, itu bukan permainan Mane dan itu juga bukan permainan Salah. Jadi kita sedang mengamalkan sistem baru dan dalam masa sama ia tidak berkesan”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.