Penjaga garisan untuk aksi Manchester City bertemu Borussia Dortmund awal pagi tadi telah melakukan sesuatu yang sangat aneh dan mengejutkan peminat seluruh dunia.
Beliau dirakam telah pergi ke arah Erling Haaland dan meminta tanda tangan pemain Borussia Dortmund itu selepas tamat perlawanan leg pertama peringkat suku akhir saingan liga Juara-juara di Etihad itu.
Haaland gagal menjaringkan gol dalam perlawanan bertemu Man City ini namun beliau tetap cemerlang mencatatkan satu assists walau pasukannya tewas 2-1.
BT Sport showing linesman getting Haaland’s autograph post match… pic.twitter.com/Zm46uZ2Cek
— Simon Collings (@sr_collings) April 6, 2021
Walau bagaimanapun aksi persembahan yang beliau pamerkan dalam perlawanan ini tetap cemerlang dan berkesan.
Aksinya turut mencuri perhatian dari penjaga garisan dalam perlawanan ini yang sanggup mengejarnya demi untuk mendapatkan tandatangan beliau.
Petugas untuk aksi saingan liga Juara-juara itu mengeluarkan kad kuning dan kad merah dari poketnya untuk ditandatangani oleh Haaland.
Bintang handalan Borussia Dortmund itu tidak menolak permintaan tersebut dan terus menurunkan tandatangannya sebelum pergi menuju ke arah bilik persalinan.
The linesman is the biggest Erling Haaland fanboy around 😂 pic.twitter.com/a1lm1YQlEr
— ODDSbible (@ODDSbible) April 6, 2021
Detik aneh antara penjaga garisan itu bersama Erling Haaland mencuri tumpuan para peminat dan ia mengundang pelbagai pendapat dari peminat di media sosial.
“Dengan pengadil perlawanan dilihat sangat amatur ketika mengembalikan permainan, penolong pengadil pula gigih mengejar Haaland untuk mendapatkan tandatangan beliau. Saya rasa ini Liga Juara-juara kan?”
“Penjaga garisan itu cuba mendapatkan tandatangan Haaland di dalam terowong! Ini ke mutu pengadil yang kita dapat untuk aksi liga Juara-juara?”
“Penjaga garisan tampil meminta tandatangan Erling Haaland pada kad kuningnya, dia siap bawa pen sekali. Jelas ini memang sikap semula jadi para pengadil dalam aksi liga Juara-juara.”
BT Sport showing linesman getting Haaland’s autograph post match… pic.twitter.com/Zm46uZ2Cek
— Simon Collings (@sr_collings) April 6, 2021
Hahaha one of the linesman went to ask for autograph from Haaland. Is that even allowed?! Wow! 👀 #MCIBVB #UCL
— Łukasz 🌍™ (@iamtheluka) April 6, 2021
Wait! The Lino is getting Haaland's autograph in the tunnel straight after the match! Games GONE 🤣🤣
— 🔰 Flex 🔰 (@FlexUTD) April 6, 2021
There’s no way that linesman has gone and asked for Erling Haaland’s autograph in the tunnel after the game. He didn’t even try and hide it. 💀
— Freddie (@FreddiePye_) April 6, 2021
Walau Haaland gagal mencatatkan nama sebagai penjaring dalam perlawanan ini, beliau tetap cemerlang memberi ancaman ke kubu The Citizens sepanjang permainan.