Cristiano Ronaldo melalui minggu yang suram pada minggu lalu selepas dikritik teruk oleh para peminat dan media terutama sekali dari Itali.
Namun, seperti kebiasaannya, Ronaldo berjaya membuktikan bahawa kritikan tidak akan sama sekali melemahkan beliau.
Ronaldo sememangnya memiliki sikap pantang dicabar dan akan segera bangkit membuktikan sesuatu andai dikritik oleh ramai pihak.
A hattrick in 33 minutes as @Cristiano answers his critics in the best way possible. ππ»ππ»
β Gary Lineker π (@GaryLineker) March 14, 2021
Beliau dikecam teruk ketika gagal membantu Juventus untuk mara lebih jauh dalam aksi saingan liga Juara-juara.
Juventus musim ini sekali lagi diterajang keluar di peringkat 16 terbaik selepas tewas kepada Porto menerusi kiraan jaringan tempat lawan.
Ronaldo sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mahu mengingat kembali peristiwa yang berlaku pada minggu lalu dan mahu memberi sepenuh tumpuan beliau untuk aksi saingan liga bertemu Cagliari minggu ini.
Beliau berjaya membuktikan kata-katanya apabila cemerlang mencatatkan hat-trick hanya dari 32 minit aksi permainan sahaja.
5οΈβ£7οΈβ£ career hat-tricks for Cristiano Ronaldo!
The π of hat-tricks? pic.twitter.com/MXoLG2FXzZ
β Goal (@goal) March 14, 2021
Beliau jelas sungguh bermotivasi dan berjaya menutup mulut para pengkritiknya dengan mendominasi aksi perlawanan yang dilangsungkan di Sarsegna Arena itu.
Ronaldo berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 permainan menerusi teknik tandukan padu dengan lompatan yang luar biasa menakjubkan.
Cristiano Ronaldo v Cagliari.
Answers his critics with a PERFECT HAT-TRICK to win Juventus the 3 points.
Never ever doubt him. π
β Crested! (@Sadiq_diggi) March 15, 2021
Gol kedua beliau pula berjaya dihasilkan menerusi satu sepakan penalti selepas penjaga gol lawan, Alessio Cragno mengasari dirinya sendiri di dalam kotak penalti Cagliari.
Pada minit ke-32 permainan, Cristiano Ronaldo berjaya melengkapkan hat-tricknya selepas menerima umpanan sungguh cantik dari Federico Chiesa.
Apa yang lebih menarik lagi, pemenang lima kali gelaran Ballon dβor itu berjaya mencipta hat-trick yang sempurna dalam perlawanan ini.
Header βοΈ
Right foot βοΈ
Left foot βοΈCristiano Ronaldoβs 57th career hat trick was a perfect one π― pic.twitter.com/hD9heCLqzo
β B/R Football (@brfootball) March 14, 2021
Ronaldo ketika meraikan jaringannya, beliau turut pergi ke arah kamera dan menunjukkan isyarat tangan ditelinga seolah mencari bunyi suara sumbang para pengkritiknya.
Ramai yang menganggap bahawa zaman beliau sudah berlalu dan era Ronaldo sebagai pemain terhebat sepanjang zaman sudah berakhir.
Beliau sendiri memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk menegaskan bahawa dirinya masih bersemangat dan mahu terus beri yang terbaik semampunya.
Cristiano Ronaldo has 115 G/A in 118 games for Juventus.
But Iβm supposed to believe heβs the one bringing them down. pic.twitter.com/SHN4rTWjQM
β Amaan. (@amaanseven) March 14, 2021
Hasilnya? Ronaldo bukan saja mencatatkan hat-trick, beliau bahkan turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Rangkuman aksi beliau sepanjang perlawanan itu membuktikan kehebatan dan kemampuan sebenar Ronaldo walau sudah berusia 36 tahun.
Para peminat yang sebelum ini mengkritik Ronaldo umpama esok sudah kiamat, berubah menjadi pemuja beliau pada hari ini dengan memberi pujian yang menggunung kepada pemenang lima kali kejuaraan liga Juara-juara itu.
After scoring a hat-trick and winning Juventus the 3 points.
Cristiano Ronaldo refused to give an interview after the game.β€οΈβ€οΈπ± pic.twitter.com/J2omkU0sLX
β Muhammad Sobug99 (@MSobug99) March 15, 2021
Selepas tamat perlawanan Ronaldo menolak memberikan temuramah kepada media kerana kecewa dengan sikap media kepadanya.
Padan muka, kemain kritik dah kawan tu main handal baru nak menyembah.