Video: Lihat Aksi Bertrand Traore Hantar KDB Kembali Ke Genk

Bertrand Traore berjaya mempamerkan aksi sentuhan pertama yang tercantik sepanjang musim ini ketika bertemu Manchester City awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan Bukina Faso itu juga mempamerkan aksi yang cukup baik bersama Aston Villa sejak kebelakangan ini.

Beliau dalam perlawanan bertemu City di Etihad awal pagi tadi, berjaya mencipta detik terindah dalam kariernya selepas berjaya menghantar Kevin De Bruyne kembali ke Genk.

Emiliano Martinez menghantar bola yang cukup cantik dan kemas tepat menemui Traore yang berada di kawasan tengah padang The Citizens.

Traore menerima bola tersebut dengan sentuhan pertama yang sungguh memukau dan mengagumkan, beliau bahkan berjaya memperdaya Kevin De Bruyne yang ketika itu sedang mengawalnya.

Selepas berjaya mengayam-ayamkan De Bruyne, Traore kemudian melarikan bola masuk ke dalam kotak penalti City sebelum rembatan beliau diselamatkan oleh penjaga gol City, Ederson.

Andai saja beliau berjaya menjaringkan gol dari situasi tersebut, ia pastinya akan menjadi gol tercantik sepanjang musim ini dan tidak mustahil untuk dicalonkan ke Puskas.

Peminat di media sosial terpukau dengan aksi yang dipamerkan oleh Traore dan menganggap sentuhan pertama beliau terlalu mahal hingga bintang sehebat De Bruyne turut terpedaya.

Kevin De Bruyne terpaksa dikeluarkan pada minit ke-59 permainan selepas beliau mengalami kecederaan dan telah digantikan oleh Gabriel Jesus.

Manchester City berjaya memenangi perlawanan ini selepas mereka memperoleh dua jaringan pada babak kedua permainan menerusi Bernardo Silva dan IIkay Gundogan.

Kemenangan ini memberikan Manchester City tiga mata berharga seterusnya mereka sempat memintas Manchester United di puncak saingan liga sebelum setan merah kembali mendahului.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu kini dua mata dibelakang Manchester United di puncak saingan liga, namun mereka memiliki kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.