Gianluigi Buffon berjaya memecahkan rekod pemain yang membuat penampilan terbanyak dalam saingan Serie A mengatasi rekod yang dipegang oleh Paolo Maldini sebelum ini.
Penjaga gawang berusia 41 tahun itu kini telah membuat 648 penampilan dalam saingan Serie A seterusnya menjadi pemain paling banyak membuat penampilan dalam liga tersebut.
Pemegang rekod tersebut sebelum ini merupakan rakan sepasukannya, Paulo Maldini yang bersara pada tahun 2009 ketika berusia 40 tahun.
Gianluigi Buffon's 648th game sees him overtake Paolo Maldini as Serie A's all-time leading appearance maker.
A legend of the game 🧤 pic.twitter.com/2PqIGqsG59
— B/R Football (@brfootball) July 4, 2020
Gianluigi Buffon mula beraksi dalam saingan Serie A bersama pasukan Parma ketika beliau masih berusia remaja.
Beliau kemudiannya menandatangani perjanjian bersama Juventus pada tahun 2001 dengan rekod perpindahan penjaga gol termahal dunia ketika itu £32.6 juta.
Bayangkan saja bertapa luar biasanya kemampuan beliau hingga Juventus sanggup melaburkan nilai begitu besar untuk mendapatkannya pada tahun 2001 lalu.
Pelaburan tersebut boleh dianggap sebagai pelaburan yang berbaloi selepas melihat apa yang dipersembahkan oleh Buffon selama hampir 17 tahun kariernya bersama the old ladies.
Kesetiaan yang ditunjukkan oleh Buffon juga sangat mengagumkan yang mana beliau sebelum ini memilih untuk kekal bersama kelab walau Juventus ketika itu dipalit skandal rasuah dan diturunkan divisyen.
Buffon kemudiannya membantu Juventus untuk kembali bangkit hingga berjaya meraih tujuh kejuaraan Scudetto secara berturut-turut.
Beliau kemudian membuat keputusan untuk menyertai Paris Saint Germain pada tahun 2018 sebelum kembali semua ke Turin untuk berasa di Juventus.
42 years old and still going strong.@gianluigibuffon is a legend 👏 pic.twitter.com/B72ZczfoZL
— B/R Football (@brfootball) June 29, 2020
Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Buffon kembali menyarung jersi Juventus dan bersaing dengan Wojcoech Szczesny untuk merebut kedudukan sebagai penjaga gol nombor satu dalam skuad kendalian Maurizio Sarri.
Berikut merupakan video khas aksi Buffon yang disediakan oleh Juventus sempena meraikan kecemerlangan beliau sepanjang bersama pasukan.
OPTA berjaya mengumpulkan data untuk menjelaskan perjalanan karier penjaga gol legenda itu, dan mereka telah menyenaraikan data yang dikumpul tersebut.
1) Buffon telah melakukan debut untuk pasukan Parma pada usia 17 tahun, 295 hari pada 19 November 1995. Perlawanan debutnya adalah ketika bertemu AC Milan dan perlawanan tersebut berkesudahan seri 0-0.
2) Sejak dari debutnya, Buffon telah melakukan 648 penampilan dalam saingan Serie A, termasuk perlawanan ketika menentang Torino hujung minggu lalu seterusnya memecahkan rekod yang dipegang oleh Maldini.
3) Buffon juga merupakan pemain ketiga tertua pernah beraksi dalam saingan Serie A di belakang Marco Ballotta (44 tahun, 38 hari) dan Francesco Antonelli (42 tahun, 235 hari).
⚪️⚫️ 19 years since Gianluigi Buffon joined Juventus in a world record deal for a goalkeeper. The rest is history…
🙌 @gianluigibuffon #UCL | @juventusfcen pic.twitter.com/TQ3hJZVIOb
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) July 3, 2020
4) Musim ini merupakan musim ke-23 Buffon beraksi dalam kancah bola sepak profesional. Selepas nanti beliau menandatangani perjanjian baru, maka beliau akan terus beraksi sehingga kempen 2020/21 iaitu musim ke-24 peribadinya.
5) Giorgio Chiellini menandatangani kontrak bersama Buffon dan pemain pertahanan tengah itu merupakan pemain yang paling kerap beraksi di sisi Buffon sebanyak 247 penampilan.
6) Tidak ada mana-mana pemain yang pernah beraksi sebanyak Buffon untuk pasukan Juventus dalam saingan Serie A. Penjaga gol Itali itu sudah beraksi lebih 480 perlawanan untuk kelab mengatasi rekod yang dipegang oleh Allesandro Del Piero sebanyak 478 kali sebelum ini.
7) Buffon juga telah berjaya mengumpul 9 kali gelaran Serie A dan musim ini mungkin bakal menjulang kejuaraan yang ke-10 untuknya.
OFFICIAL: Juventus have confirmed that Gianluigi Buffon and Giorgio Chiellini have signed new one-year contracts ✍️ pic.twitter.com/V4MJwNpWyW
— Goal (@goal) June 29, 2020
8) Penjaga gol kebangsaan Itali itu juga telah mengumpul 285 clean sheets dari 647 perlawanan dalam saingan Serie A untuk pasukan Juventus.
Begitulah pencapaian luar biasa yang pernah dicapai oleh Gianluigi Buffon yang mungkin sukar untuk pemain lain pecahkan.