Video Khas KV Kortrijk Umum Nombor Jersi Luqman Hakim Berkelas Dunia

Kelab Belgium, KV Kortrijk telah mengumumkan penggunaan nombor jersi bagi pemain yang baru diikat mereka minggu lalu yang berasal dari Kota Bharu Kelantan, Malaysia iaitu Luqman Hakim Shamsudin.

Luqman Hakim yang merupakan produk keluaran National Football Development Programme(NFDP) telah diberikan nombor 9 oleh KV Kortrijk yang menjadi idaman setiap pemain penyerang.

Lebih istimewa satu video khas berkelas dunia telah disediakan oleh KV Kortrijk bagi mengumumkan nombor jersii yang bakal menjadi milik Luqman Hakim.

https://www.facebook.com/198234916888935/posts/3196852050360525/

Video memaparkan kitman menyediakan jersi dan mencetak nama serta nombor milik Luqman Hakim sebelum menampal nombor dan nama tersebut ke jersi.

Video tersebut telah dimuat naik ke laman rasmi muka buku KV Kortrijk telah menarik perhatian dan menjadi buah mulut peminat bola sepak terutamanya di Malaysia.

https://www.facebook.com/kvkofficieel/posts/3198052470240483

Pada kebiasaannya pemain muda yang seusia Luqman Hakim akan diberikan nombor yang tidak digunakan oleh pemain skuad utama dan nombor-nombor yang besar dan tidak cantik.

Adakah Luqman Hakim akan mendapat tempat dalam skuad utama?

KV Kortrijk Ikat Luqman Hakim

Akhirnya segala desas-desus mengenai penghijrahan Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk terlerai apabila secara rasmi dan sahnya mengikat kontrak bersama dengan kelab daripada Belgium itu.

Majlis pengikatan kontrak selama 5 tahun antara Luqman Hakim dan kelab Jupiler Pro League, KV Kortrijk itu berlangsung tengah hari tadi di Berjaya Times Square Hotel.

Pemilik kelab KV Kortrijk yang merupakan orang kaya daripada Malaysia, Tan Sri Vincent Tan turut hadir dalam majlis tersebut.

Tahun lalu, Luqman Hakim telah ditawarkan kontrak untuk ke Eropah namun terpaksa menunggu hingga Luqman mencapai umur 18 tahun pada bulan Mac 2020.

Namun pandemik melanda telah menunda satu ikatan yang sah untuk dimeterai dan telah tertangguh hampir 5 bulan dan kini segalanya pasti.

“Kita telah mengenal pasti bakat Luqman Hakim, selepas persembahan memberansangkan beliau dalam beberapa kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini, menjaringkan banyak gol, dan konsisten dalam menjaringkan gol.”

blank

“Jadi di bawah peraturan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), kami tidak boleh mengambil pemain melainkan sudah berusia 18 tahun. Jadi Luqman Hakim akan berlatih di Cardiff dahulu, baru menyertai KVK, kelab Belgium yang dimiliki rakyat Malaysia.” Ujar Tan Sri Vincent Tan.

Luqman Hakim merupakan produk hasil air tangan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan bakat yang ada pada beliau sudah dikesan ketika berusia 13 tahun lagi.

Video Pengumuman Luqman Hakim

Minggu lalu, KV Kortrijk telah menyambut kedatangan Luqman Hakim dengan satu video yang berkelas dunia dan video itu telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi mereka.

Video memaparkan seorang pakcik yang berjalan dan mendapat petunjuk demi petunjuk dengan kehadiran Luqman ke bumi Belgium.

Dalam video ini juga aksi Luqman Hakim menjaringkan gol padu bersama bersama pasukan Malaysia turut dipamerkan.

https://www.facebook.com/kvkofficieel/videos/591486794758571

Lebih istimewa dalam video ini adalah aksi Luqman Hakim menimang bola dengan memakai jersi Selangor dan berlatar belakangkan stadium yang tertera tulisan ‘Home of The Red Giant’.

60 Pemain Muda Terbaik Dunia

Selepas ditawarkan peluang yang begitu hebat oleh kelab Belgium, Luqman Hakim telah menggemparkan dunia bola sepak Malaysia apabila disenaraikan sebagai salah seorang 60 pemain muda terbaik dunia oleh media antarabangsa, Ther Guardian

Hanya 5 orang sahaja pemain muda dari Asia yang tersenarai dalam senarai 60 pemain ini termasuk Luqman Hakim untuk pemain muda yang lahir pada tahun 2002. Wonderkid.

Walaupun ada yang memperlekehkan tawaran bermain di luar namun Luqman membuktikan beliau layak dan mendapat pengiktirafan media antarabangsa.

blank
60 Pemain Muda Terbaik Dunia

Berikut merupakan empat pemain dari Asia yang lain yang turut tersenarai dalam 60 pemain muda terbaik duni :

1. Jun Nishikawa (Jepun/ Cerezo Osaka)
2. Khasanov Mukhriddin (Tajikistan/ Parvoz)
3. Suphanat Muenta (Thailand/ Buriram United)
4. Jasurbek Jaloliddinov (Uzbekistan/ Bunyodkor)

Biodata Ringkas Luqman Hakim

Nama: Luqman Hakim Shamsudin

Umur: 18 tahun

Tarikh Lahir: 5 Mac 2002

Tempat Lahir: Kelantan

Posisi: Penyerang

Tinggi: 170 Sm

Berat: 59 Kg

Hobi: Berkenalan

Pasukan Kegemaran: Manchester United & Brazil

Pemain Kegemaran: Zico & Shamsudin Mahmmod

Page Kegemaran : Sukan.my

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.